Dia Semanis Honey Teater Muzikal

Masa dapat tau ada teater Dia Semanis Honey Muzikal ni terus la tergedik nak gi nonton.
Bukak website tengok mak aihh sekelip mata ni seat dah full.
Ingat nak pergi tengok hari Jumaat lepas kerja, tapi dah full gini kena la gi hari Ahad.
Hari Sabtu ada tapi seat atas nun sayup.

Orang memang meramai. Gamak semua pun looking forward nak nonton.
Memang best lah. Kakak ostajah bagi 5 bintang.
Both Aliff Satar & Siti Nordiana berlakon nyanyi semua best lah.
Watak lain pun kelakar especially si Daffi tu.

Haa watak Bella patut perempuan yang bertudung tu, tapi dah ditukar dengan orang lain.
Afi AF. Agaknya kurang sesuai kot untuk yang bertudung?
Tapi poster semua gambar dia. Hmm.. takpelah.



Kudos pada pengarahnya Dira Dato Abu Zahar.
Dan of coz idea asal Michael Ang.
Takde rasa mengantuk boring ke apa.
Dari awal sampai akhir memang gelak dan terhibur ah.

Kalau la ada teater Suri Hati Mr Pilot fuuu mesti lagi menjujuk orang nak nonton kan?
Termasuklah saya hehehe..