Macam Macam Di Hospital

tangan parkinson. itu pasal gambar gegar.
jangan salahkan kamera. salahkan tangan.
sudah lah tidak pandai menari, mahu salahkan lantai jongkang jongkit piula.
*tiba tiba

ini sebagai ID pesakit.
kira kalau ko masuk hospital sebab sakit perut, tetiba ko dijangkiti penyakit otak.
tak waras lalu lari bertempiaran, senanglah pihak hospital nak trace ko.
ok aku merepek.

ini salah satu ubat yang aku kena makan.
rasa dia tak sedap langsung ok. dah la tak sedap, busuk plak tu.
aku makan sepeket jer pastu lagi 3 peket dia bagi aku sembunyikan. boley?
dia bukan rasa cam oren oren ko selalu minum kalau sakit perut tu tau.
nie memang payau. kaler kelabu. yekkkkkk…. (N)

aku amik 4 bedded sahaja.
selain faktor kewangan yang tak berapa nak ada, juga faktor ketakutan di malam hari.
encik z belum apa apa dah takutkan aku.
ingatkan aku pasal cerita phobia 2.
sama yang nonton tau la.  ada kisah lelaki tu masuk hospital.
pastu pakcik sebelah tu ada cam ilmu gitu la.
patut dah mati tapi tak mati lagi. takooooottttt…

tapi sib baik 2 malam aku kat situ takde apa apa pelik terjadi.
aku tidur ngan aman damai.
tapi yang tak damainya, tiap kali pukul 4.45 pagi nurse datang nak cek tekanan darah.
terganggu lah tidur kan. what to do, dah itu kerja mereka.
pastu kul 7 pagi datang lagi nurse nak tukar cadar plak.
kira lepas kul 7 tu memang dah takde nafsu dah aku nak tidur lagi.

tv nie pun ada isu gak benarnya.
tau la 4 bedded kan. harus ada 4 tv.
memasing macam berlawan volume ko.
dah la aku share ada cina ngan india.
satu malaysia sangat.
sorang bukak berita tamil. sorang bukak lawan lawan cina.
aku jugak layan 6 jahanam. suara? harus tak dengar.
nasib baik aku bijak baca bibir orang 😛

ek eh tiba tiba ada gambar nurse kan.
ini namanya wawa.  haisyoo dik blog ko tahun bila ko tulis nih.
dah 4 tahun lepas dik oiii… masa umur ko 15 tahun.
skang ko dah 19 tahun dik.
bawak bawak la bukak balik blog ko.
sori gambar blur lagi. salahkan ku.. jangan salahkan kuuu…

wawa nie nurse pelatih kat sini.
aku  nie dijadikan bahan kajian dia lah untuk praktikal 1st semester dia.
pastu  ngan kawan kawan dia datang semua pun cam menggelabah la nak buat praktikal nie.
siap wawa kata ‘susahnya kak jadi nurse’
hehe sabar dik.. dunia memang cenggini.
jadi secretary susah. jadi blogger pun susah. ek eh…

sepanjang kat hospital, selain nonton tv dan update blog, aku sempat jugak download lagu.  banyak jugak la. kira cukup untuk burn dalam satu CD.
semua pun lagu alleycats & jamal abdillah.
retro sangat kan..

Terimakasih kuucapkan… Oh kepadamu
Kuala Lumpur
Kerna kau telah temukan… Cinta antara kami berdua

Eceh…. (H)