Lake Chini Resort

korang kalau nak tau details tentang lake chini resort, boleh pegi kat website depa k.
saya ambik bilik deluxe lakeview RM140 satu malam.

20140202_130210

bilik boleh tahan besar, boleh sumbat lagi satu single bed kot.
bilik air pun ok, siap ada shower. shampoo sabun pun provided.
ada almari. meja mekap. ada kettle dengan nescafe teh lengkap.
no complaint ah kekiranya.

20140201_162324

20140201_162346

20140201_162426

lepas check in tu memang kitorang tak keluar mana dah.
kalau nak keluar pun pi mana nya pun kan.
saya tertidur. encik z dok layan blues kat balkoni.
memang tempoh bertenang tenang je lah kitorang ni.
seronok gak sesekali bercuti ceni, lepak dalam bilik je.
nikmati keindahan alam sepuas puasnya.

lepas maghrib pi dinner.
dinner kat situ je pun. ada restoran dalam tu.
kalau takde restoran dalam tu mau kelaparan kedaung ko.

20140201_194728 : : senja merangkak malam di tasik chini : :

20140201_195348 : : menu ni je pun, tapi sokayy. kuey teow goreng jakun anyone? : :

20140201_195359 : : restoran seri gumum. mengambil nama naga lagenda yang terkenal di sini : :

20140201_200410 : : waiting… : :

20140201_203847 : : jus epal tipu dan kopi o. sebab apa tipu? sebab jus epal marigold! ku fikirkan yang fresh! huhu : :

20140201_205823 : : nasi goreng tasik chini : :

20140201_205830 : : nasi goreng paprik : :

takde beza pun dua nasi ni?
ingat kot ada sup ke, ada satay ke.
sabau je lah. huks..

malam tu saya tidur lena sangat.
suasana sejuk. memang berbungkus ah tidur.
takyah on aircond pun dah rasa sejuk dah.
esok pagi lepas subuh saya lepak je kat balkoni.
kul 8 baru gerak pi breakfast.

20140202_090058 : : selamat pagi tasik chini! : :

20140202_091244 : : menikmati mee goreng dan teh o : :

20140202_091830 : : nuggets pun ada : :

20140202_092642 : : tupai comel : :

belah kiri tu ada stage.
kira kalau buat event ke hapa, boleh la kat sini.
belah kanan tu kedai runcit mini.
tapi sepanjang saya kat sana sokmo tutup je acaner meniaga ni? huhu..

20140202_093844

20140202_093918 : : illustrasi naga seri gumum dan naga seri pahang : :

korang tau ke idok sejarah tasik chini ni?
kalau tak tau sesila lah rajin kan diri menggoogle yer.
ni saya sharekan satu website yang ada info tentang misteri lagenda naga tasik chini.
KLIK SINI

20140202_094004 : : tak pun boleh baca secara ringkas kat sini : :

mengikut lagenda dan kepercayaan, masih ada naga yang bertapa kat tasik chini ni.
encik z ada gak la cerita gitu gini hasil pembacaan beliau.
tapi saya malaslah pulak nak cerita balik kat blog ni.

20140202_094053 : : arnab bergembira. kalau mau bergembira bersama arnab sila buat bayaran sebanyak RM2 seorang : :

lepas breakfast saya dan encik z pusing pusing jalan sekitar resort.
dari hujung ke hujung kami jalan.
sebelah tu rupanya ada kawasan untuk PLKN.

20140202_094213 : : kami dan bayang bayang : :

balik bilik kami laki bini sambung membuta.
sampai pukul 11.45 pagi camtu la.
pastu sesiap nak check out. check out saya request pukul 1 tengah hari. depa ok je.

instaweather_20140202_125229

20140202_125630

instaweather_20140202_131831

20140202_131303

P2020755

otw balik tu, bila sampai kat simpang jalan besar, nampak la signboard pusat pelancongan tasik chini kot tak silap. 12 km dari simpang.
ajak la encik z pegi.
tetengok rupanya dah jadi kawasan tinggal.
gamak tak dapat sambutan kot ek?
tapi tu lah dia, kenapalah tak cabut je signboard tu?
mesti ramai gak orang lain dah tertipu. not good ok.

20140202_135408

perjalanan pulang diteruskan.
tetiba encik z kata ‘kalau dapat makan goreng goreng macam kat kuantan hari tu pun best jugak kan?’
terus saya cam eh jom lah. berapa kilometer lagi je pun.
alang alang dah sampai ni kan, lajak je lah.
so membelok ke kuantan lah kami.

20140202_153219 : : abang abang dan adik adik polis : :

kami ke tanjung lumpur.
gerai poksu dan moksu.
ramai nya orang. tapi alhamdulillah elok kitorang sampai je dapat seat. syukur.

20140202_154856

20140202_155508 : : ikan goreng tepung, udang tepung dan sata. sedapppp : :

lepas jamak kat masjid sebelah, terus la gerak balik KL.
seperti yang dijangka jalan sesak hebat bila masuk highway karak nun.
dari lepas bayar tol sampai la ke KL, 8 malam – 11.30 malam. huhu.

anyway kenangan terindah percutian pendek ke tasik chini pahang.
korang kalau suka tenang tenang, tak suka ribut ribut, sila lah ke tasik chini k?