XPDC ke Lata Luis, Taman Negara Sungai Relau – Part 7

dah kenyang perut suka hati, kami pun bersiap siap memulakan perjalanan pulang.
naik 4WD macam hari tu.
budak-budak ni duduk kat belakang jaga beg.
saya merisau sangat sangat ok.
mau tak, jalan berliku liku.
risau je budak-budak ni terpelanting huhuhu.
tapi diorang dah terror dah.
bertahun tahun kot buat kerja ni.
sap sap soii je.
dalam perjalanan tu stop kat menara bukit seraya.
panjat menara ni boleh tengok pemandangan yang subhanallah.
indah sangat.
tapi saya tak panjat pun. penat.
tapi pemandangan dari bawah pun masih lagi hebat.
hijau je..

: : sayup mata memandang : :
kemudian perjalanan pulang diteruskan.
of coz stop kat pejabat perhilitan.
untuk mandi manda bersiap wangi wangi.
semalaman dalam hutan katanya kan.
meredah segala kekotoran lumpur.
harus segar bila dapat mandi 🙂

: : baju dari bandung yang sweet : :
saya tak ingat sangatlah pukul berapa kami bertolak dari sungai relau ni.
tapi kami stop kat masjid dong, raub untuk asar.
mungkin dalam pukul 6.30 petang camtu rasanya.
pastu sekalian maghrib.
and lepak minum jap.
stop lagi depan sikit sebab nak makan durian.
yeyy..
saya cakap kat apau cam teringinnya nak makan durian musang king.
yang orang dok kata sedap bebenau tu.
kebetulan ada la sebiji tinggal.
tanya harga. 1 kg RM30.
what theeeeeeeeee?????
tapi teringin punya pasal zass…
share dengan yang lelain.
sebab durian tu 3 kg kot. so tak ke RM90 untuk sebiji durian?
nangiss..
saya dapat rasa 2 ulas.
takde la sedap sangat adoiyainya pun.
propa tau.
ok dah merasa. pasni takyah dah teringin mengidam ke hapa.

: : kaya la kau asoh : :

: : mengapa kau begitu mahal wahai deroyan? : :

: : saya dan durian musang king : :
lepas tu dah takde stop dah.
perjalanan diteruskan.
sepatutnya nak stop la. kat bentong.
nak makan aiskrim yang sedap.
tapi dah kami semua dok terhegeh hegeh, kelambatan.
kedai pun sudah katup.
takpe lain tahun boleh pergi.
tapi dalam van takde tidur pun.
semua borak borak gelak gelak je.
klimaksnya bila kitorang nampak bunting.
macam ada pelancaran nak bukak kedai camtu la.
dalam bahasa inggerisnya ditulis LAUNCHING la kan.
tapi tetiba di translate, launching jadi LONCENG ok.
LONCENG!
sepatutnya tulis je la PELANCARAN ye dok?
ini LAUNCHING jadi LONCENG.
tak bergegar satu van tu kitorang dok pakat gelak.
oh yer kesimpulan dari xpdc saya dan kawan kawan ni, saya rasa seronok dan gembira sangat-sangat.
semua pun sangat baik dan sangat ringan tulang tolong satu sama lain.
takde marah marah angin angin sentap ke apa, memang takde.
mula mula tu ye la saya cam bising kat apau sebab jauh dan penat kot.
sampai kat kem lata luis tu borak borak dengan dia, dia kata 1 fine day u will thank me, especially when u look all the photos.
and yes, he’s right!
malam tu saya baring baring atas katil, saya berfikir.
dengan aktiviti macam nie lah saya lebih menghargai diri sendiri, mencintai alam sekitar ciptaan Yang Esa dan mencabar diri untuk melalui susah jerih payah macam orang lain.
dan yes, saya insan terpilih.
bagaimana kamu ingin mengetahui dia sahabat sejati?
BERMUSAFIRLAH BERSAMANYA.
saya nak tambah sikit, bukan hanya berkenalan di facebook, blog, twitter & YM terus declare sahabat sejati peluk cium ya.
danggggg :-p