Selamat Tinggal TLJ

Kat instastory dah cerita, dan macam biasa kat blog ni memang siaran tertunda.
Kadang tu bukan setakat tertunda, terus siaran dibatalkan pun ada ehehe.

Seperti yang korang baca entry Yaya sekolah kat MGS tu kan, ramai la jugak yang tanya kenapa pindah la apa.
Walaupun dah up kat instastory, tetap jugak ada yang DM tanya.
Haippp ni nampak sangat tak view instastory sis ni.

OK ceritanya macam ni. Dari hujung tahun 2016 lagi Mama dah suarakan hasratnya nak jual rumah kat Taman Long Ja’afar (TLJ) Taiping tu.
Rumah tu kitorang duduk masa saya form 4. Tahun 1995.
Lepas arwah Abah meninggal dunia tahun 1993, kitorang stay setahun lagi kat KL, lepas tu terus pindah Taiping.
Rumah tu memang arwah Abah beli lama dah masa kami adik beradik kecik-kecik lagi.

Bila Mama suarakan hasrat nak jual tu, kami bincanglah adik beradik.
Ada iklankan dah rumah tu, dan ada ramai jugak orang yang berminat nak tengok dan beli.
Tapi kebanyakannya loan tak lepas.
Bank value 300k. Tapi takkan lah kitorang nak jual harga value kan sebab dah renovate segala.
Uplah sikit. Pastu turun sikit, sikit dan sikit.
Still loan orang yang berminat nak beli tu tak lepas 🙁

Pertengahan tahun 2017 bincang-bincang dengan Mama, Mama kata ambik lah dulu Yaya duduk KL.
Nanti kalau apa-apa takyah pening dah nak uruskan tukar sekolah ke apa.
Kira pos Yaya dulu la, bila Mama sorang nanti senang nak buat apa-apa urusan takyah fikir Yaya sekolah ke apa.

Oh soalan korang ‘Kenapa nak jual?’
Sebab Mama bercadang nak belajar agama, nak masuk sekolah pondok.
Kat Taiping still ada rumah Tok (mak Mama) kat Batu 4, Kamunting.
Kalau mokata bila-bila Mama nak balik Taiping sebab rindu ke apa, boleh je duduk kat Batu 4 tu.
Selalu pun kalau ada gathering adik beradik Mama, memang depa berkumpul kat rumah arwah Tok tu.

Dalam menunggu-nunggu buyer tu, ada sorang cikgu ni berminat nak sewa. Mama ok, kitorang adik beradik follow je lah.
Mula-mula saya ingatkan macam Mama nak sewakan fully furnished, ingat kot macam lepas orang sewa tu keluar ke depan depan, Mama nak balik duduk kat TLJ tu.
Tapi tengok ha habis angkut semua barang haaa.
So makna rasanya memang tak dah la kot Mama nak balik duduk sana.


27 Januari, lori barang sampai kat rumah Kaklong kat LEP.
Memang semua barang kena port kat rumah Kaklong la.
Nak port kat rumah saya ajer giler. Mana mau muatnye.
Masa barang sampai tu Kaklong sefamily kat PD lah pulak.
So bertunggu tanggalah siapa yang tinggal ni ha nunggu siap unload barang semua.
Boleh tahan berkotak-kotak gak laaa. Dengan baju, buku, barang dapur segala.
Ada yang Mama sedekah dan jual jugak.

Separuh lagi barang hantar ke rumah Adil kat Melaka sana.
Adil, adik kandung saya. Dia memang nak settle down kat Melaka sana.
Rumah baru, so elok la ada barang sikit-sikit ni kan.

: : Meja makan yang berat kemain : :

Rezeki Kaklong la dapat meja makan besar 8 seater .
Meja makan lama kecik sempit nau kalau nak letak lauk pauk segala kalau ramai orang.

Sedih tak tinggalkan TLJ? Sedih jugak lah sebab lepas ni balik Taiping dah tak boleh pergi tidur kat TLJ. Banyak ooo kenangan suka duka kat rumah tu.
Haishh tapi itulah dia, sampai bila kita nak hidup dibayangi kenangan betul tak?
Life must goes on.

So.. itulah ceritanya kenapa Mama datang duduk kat KL sekarang.
Harap dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya.
Oh yer, nak jugak tanya dan mintak tolong korang ni.
Kalau ada sesiapa yang korang kenal tengah nak cari rumah kat bandar Taiping, boleh la kot-kot nak consider beli rumah Mama saya tu.
Banglo, harga RM385k, insya Allah boleh nego kalau ada yang betul-betul berminat.

Selain tu nak tanya jugak kalau sesiapa yang tau kat area Kuala Lumpur/Selangor ni, kat mana yang ada sekolah pondok untuk dewasa/warga tua.
Boleh pm saya eh? TQ korang 🙂

Orchird Sapphire Cafe & Boutique

Orchird Sapphire Cafe & Boutique ni letaknya di Changkat Jering.
Kalau orang Taiping tau lah kan pasar Changkat Jering tu.
Haa belakang tu je la.
Tak pasti sama ada cafe ni baru ke dah lama.
Sebab saya pun baru tau.


: : Baju dan seluar yang dijual. Harga? Kat Kenanga murah banyak kot huhu : :

Saya pakai punjabi sut beli kat India tu.
Tapi seluar ia macam mengecut la. Terus jadi singkat.
Dah la kedut seribu. Memang takleh pakai dah yang seluar tu.
Kena pakai baju tu dengan skirt/jeans je lah.

: : Ibu beranak 3 : :

: : Kami 3 beradik yang muka berbeda beda : :


: : Aisya buat perangai tak bagi Opah bergambar sama : :


: : Caca, anak saudara saya yang pertama. Tetap menjadi buah hati Mommy. Sebab tu saya selalu bawak dia ke mana mana : :


: : Huru hara nak bergambar. Boleh la ni. Ala-ala candid katanya : :

Food kat sini OK la memuaskan.
Harga pun OK jugak. So warga Taiping, kalau ada nak buat makan-makan ke apa, boleh la ke Orchird ni.
Harap cafe ni bertahan lama lah, sebab tau je la cafe-cafe ceni kan.
Kat Taiping pulak tu. Takut takleh survive.
Masa kitorang makan ni pun takde orang lain pun.

: : Singgah Starbucks sebab nak belikan hadiah birthday tumbler untuk Kak Gee : :


: : Dan belilah untuk 3 beranak jua : :

: : Nikmat duniawi : :

Lepas Maghrib gerak pulang ke KL. Takde la ambik cuti ke apa sebab Yaya memang membusy dengan program sekolah ia.
Ada rezeki jalan-jalan bulan September pulaklah nanti, insya Allah.