Syawal 2019

AidilAdha dah habis, I baru nak cerita pasal Syawal. Beginilah ya dah sendu-sendu ni, tapi jiwa masih nak blogging. Takpelah, I update untuk kenang kenangan di masa depan. Sambungan dari ENTRY NI, lepas je salam-salam raya tu, kami 3 beranak gerak menuju ke selatan tanah air. Kami nak bercuti ke Pulau Tioman. Tu macam biasalah, entry lain. Bila tu taktahulah, doakan Normaya rajin ya.

Jemputan open house raya tahun ni I dapat dari 1 buah rumah je, iaitu Man & Kak Zie di Rawang sana pada 23 Jun 2019. Oleh sebab memang free takde apa-apa plan, wajiblah kita pergi. Tambah pulak Yaya baik dengan Damia, anak dorang, so suka je lah Yaya tu nak pergi. I pakai jubah baru dari @muslimahclothing. Suka sangat. Cuma labuh, jadi terpaksa pakai heel. Nanti-nanti kena pergi hantar potong bawah.

: : Mee kuah ala-ala mee sedap yang Mama pernah buat dulu. Lama dah Mama tak buat : :

: : Ada sengkuang calit! : :


: : Makan sampai comot-comot. Nasib baik suami sis baik hati tolong lapkan ehe : :


: : Bersama Kak Zie dan anak-anak daranya : :


: : Apa aje la dua anak dara ni bergossip : :


: : I dah sampai awal, ingat nak balik awal, sekali terlepak lama bila Umi & Sham sampai. Nasib tak kena halau dengan tuan rumah : :


: : Thank you Man & Kak Zie for the invite : :


: : Seluar dan baju Yaya tu dari Kenanga : :

Seterusnya, jamuan raya bank besar, keesokan harinya, 24 Jun 2019. Pagi-pagi lagi semua dah kecoh-kecoh kat department nak bergambar ha.

Menjelang tengah hari, berpusu-pusulah semua ke Lanai Kijang sebab jamuan buat kat sana. Sampai-sampai nampak ada photobooth, jom lah kita. Kang kejap lagi mesti ramai orang.

Lepas tu jumpa kawan-kawan, mana yang sempat kita tangkap lah bergambar bersama. Kak Shida, Syikin, AJ & June. June tu jumpa dah memang last-last majlis dah nak habis dah pun. I ambil half day petang masa ni, so boleh la bersantai-santai sampai ke petang. Ceritanya sebab bawak Yaya datang sini, so takde la rushing nak kena masuk office balik ke apa.


: : Dalam ramai-ramai umat tu, dapat jugak jumpa 2 orang kakak I ni : :

Tengah dok melepak makan kat meja bulat dengan Intan & M, tiba-tiba Intan hilang. Pastu terdengar suara panggil ‘Maya, Maya’. I pun tercari-cari la siapa. Rupanya Intan ajak bergambar sekali dengan Gabenor. Wah wah wah, rezeki ni. Thanks Intan ajak I hehe.

: : Our lovely Gabenor yang sporting dan simple orangnya : :

Sementara Yaya kecik lagi dan sekolah lagi, kita bawak je lah dia datang jamuan raya ni. Esok-esok dah besar dah takde dah la kan. Ni boleh la jadi kenangan untuk dia. Mommy Ayah kerja BNM, gitu..

Ni kat belah dalam, multi purpose hall. Lupa pulak nak snap gambar kat belah dalam. Tapi lagi meriahlah. Ada performance budak-budak, nyanyi-nyanyi, live band. Hiasan ala-ala istana diRaja sebab memang gitu temanya.

: : Yaya & kakak Damia nya : :

Baju I tu beli siap dah kat Kenanga. Tapi macam kembang sikit kat belah bawah, so nampak macam kejung. Tu yang bila bergambar I macam tarik sikit ke belakang. Kena pegi alter jugaklah ni. Pastu I tak jumpa kain batik yang sesuai, so belasah je la pakai dengan skirt kembang.

Itu jelah cerita Syawal 2019 I. InsyaAllah panjang umur, kita jumpa Syawal 2020 ya 🙂