Semarang : Dieng Wonosobo

Hari ke 2 di Semarang. Hari ni perjalanan kami akan mengambil masa lebih kurang 8 jam pergi balik. Jadi marilah bersedia secara fizikal dan mentalnya. Taulah kan Indonesia ni, tempat-tempat menarik diorang jauh antara satu sama lain. Jadual adalah seperti dibawah.

1.  Dieng Wonosobo
2.  Dieng Plateau
3.  Telaga Warna
4.  Kawah Sikidang
5.  Candi Arjuna


: : Pagi-pagi fresh je muka kan : :


: : Breakfast boleh tahan meriah jugak la kat sini : :


: : Sepanjang I travel ke Indonesia ni, memang akan ada je hidangan jamu waktu breakfast : :

Tapi I tak minum sebab teringat dulu try masa trip ke Padang. Lepas tu naik kenderaan pusing-pusing Syamel, terus muntah belahak.


: : Kat signage tulis kedelai : :

I mati-mati ingatkan susu keldai. Gila apa kan. Kedelai tu maksudnya soya la Normaya oii haha. Beria I dengan Masy cuba fikir ni susu apa hiks.



: : Menunggu Pak Prawanto : :


: : Dalam tidur pun masih keliru : :


: : View sepanjang perjalanan memang cantiklah. Jalan kampung : :


: : Style toilet kat sana sebiji sebiji camni : :

Lebih kurang 3 jam perjalanan, sampailah kami di Dieng Wonosobo.
Stop untuk bergambar dan makan!


: : Teh o manis, yang memang manis sungguh. Kat Indonesia memang kebanyakan camtu. Kalau taknak manis kena bagitau kurang manis : :

Ada dua pilihan makanan iaitu sate ayam madura & bakso. Kita order dua-dua dan share makan buat rasa-rasa.



Makan sate dan bakso panas-panas atas bukit ni, memang layan habis. Sejuk tau atas ni. Ala-ala Cameron Highlands gitu.


Pastu panjat naik atas ada ala-ala menara tinjau gitu, boleh tengok pemandangan dan apa lagi, bergambar lah!


: : Tu ha menara tinjau belakang tu yang kitorang naik. Turun belah bawah bergambar kat signboard pula. Tapi takdapat full lah pulak : :


: : Pak Prawanto gigih turun bawah bukit nak snap gambar ni. Tapi kacau lah pulak ada orang diri kat situ. Erghhh : :


: : Kat tepi-tepi ni ramai je peniaga jual macam-macam ha. Memang tempat-tempat ceni la yang best nak try food Indonesia : :