Sahur & Buka – Part 4

ramadhan ke 17.
saya try buat murtabak maggie daging.
berdasarkan resepi oleh maggie yang saya jumpai di dalam akhbar.
selepas melihat bahan-bahan yang mudah dan murah, dan cara-cara yang membuat yang senang, saya pun ok lets give a try.

bahan-bahan yang diperlukan ialah maggie perisa kari 1 bungkus, telur 2 bijik, carrot, tomato, daun sup/bawang, daging cincang, garam, blackpepper.
cara-cara buat, goreng daging cincang tanpa minyak. lepas tu terus masukkan semua bahan di atas kecuali maggie.
lalu gaulkan mereka supaya mereka bersatu padu.

dalam masa yang sama celurkan maggie lalu tos.
gaul dengan perencah kari.
dan last sekali campurkan semua bahan-bahan sehingga sebati.
panaskan minyak, dan letakkan ia di dalam frying pan alaa macam goreng telur dadar lorr.
masak la sehingga masak. (apakah?)
tunggu sampai sebelah tu bebetul masak baru kalih kan.
jangan asyik dok nak kalih, nanti hancur.

percubaan pertama yang hmmmm not bad.
encik z kata sedap. saya pun rasa sedap hewhewhewh.
selain murtabak maggie daging, hari tu juga kitorang berbuka makan pulut kuning dan rendang ayam.
kak as bagi.
air tebu encik z beli kat pasar ramadhan.
sedap airnya. 3 hari dalam fridge pun masih enak.
God bless u wahai pakcik tebu.

ramadhan ke 18.
masak nasi. lauk sayur campur, daging goreng kunyit, kepak ayam masak kicap.
dan air jagung yang puiiihh tak sedap.
murtabak daging tu encik z beli kat cafe office.
saya cuit cuit je.
dah terpotong oleh ketidaksedapan air jagung. haihh..

ramadhan ke 19.
buat pertama kali nya saya buat telur bistik.
eieiiei seronoklah pulak ramadhan tahun ni.
banyak saya dah eksprementasi resepi-resepi yang saya tak pernah buat dan tak terfikir nak buat selama ni.
korang lain la, korang hebat.
saya ni memang tangan pengkang di dapur.
tapi takpe, suami saya sayang saya #tetiba
senang baitu nak buat telur bistik ni.


: : bahan-bahan : :

black pepper, sos tiram, green beans, sos cili, daun sup/bawang, mix vege, tomato, bawang putih, bawang merah, cili padi, kubis bunga.
dan daging kering
patutnya kena ada sos tomato tapi saya kurang kerajinan nak beli.
takyah la. lagipun buah tomato dah ada dah.
kira sokayyy la tu.
telur of coz la kena ada. kalau tak tidaklah di namakan telur bistik.
mungkin dinamakan kuah bistik sahaja.

memula tumis bawang merah dengan bawang putih.
dah naik bau, masukkan je semua bahan-bahan yang lain.
agak-agak dah masak, (masak ni semua kena main agak-agak jew) asingkan.
lepas goreng telur korang tuangkan je kuah tadi kat atas telur dadar tu.

tetiba rasa cam hawau gila bagi resepi cenggini.
ah pandai pandai korang lah. resepi kat internet melambak.
pegi google. wah tetiba garang macam ke ada orang kisah.

dan menu berbuka kami hari itu.
telur bistik sama taugeh masak kicap.
gila ekonomi! betul la kata kak red, gini romannya hari-hari boleh beli rumah banglo! kah!

tajuk macam dah tak relevan je kan sahur & buka.
walhal cerita sahur dah takde.
biasa sahur panaskan lauk berbuka je.
kalau lauk berbuka dah licin, kitorang makan kurma, minum susu, makan biskut je.
begitulah.