Tanah Aina Fahad – Part III

Kitorang ambik 3 khemah.
Faizal, Abang Mohd Noor, Abang Sly, Abang Kamarul & Syafiq satu khemah.
Depa duduk kat khemah H.

WP_20150502_12_07_23_Pro

: : Ni khemah depa : :

IMG-20150503-WA0018 : : Ada 5 katil kesemuanya : :

WP_20150502_12_08_17_Pro : : Kak Gee, Kak Ju & anak Kak Ju stay kat khemah I : :

: : Ni khemah the girls : :

: : Saya dengan Encik Z kat khemah J : :

Sebelah sebelah je pun khemah kitorang ni cumanya saya punya khemah kat hujung.
Belakang hutan rimba hu hu hu.

: : 2 katil : :

: : Katil saya : :

: : View dari dalam khemah saya : :

: : Belakang tu kosong. Hanya tanah, pokok dan hutan rimba hu hu hu : :

Actually khemah saya tu asalnya 2 khemah yang dibahagi 2 sebab saya 2 orang kan.
Bila saya jenguk khemah sebelah nampak lah keadaan seperti dibawah ini…

: : Ada 1 katil : :

: : Ini belah atas khemah : :

OK nak dijadikan cerita…
Memula saya tidur kat katil yang mengadap terus ke luar khemah.
Membelakangkan khemah sebelah yang kosong tu.
Menjelang malam dok la dengar bunyi serangga kat khemah sebelah.
Pastu saya membayangkan belah kiri tu memang tanah lapang takde khemah lain kan.
Memula tu cam boleh tahan lagi, tapi lelama eh kuat pulak bunyi serangga ni.
Terus saya melompat ke katil Encik Z.
Bersempitlah berdua kat katil tu ha.
Mesti Encik Z tension je dengan saya hehe.

Elok baru nak lelap mata tetiba nampak kelibat orang nak cuba bukak khemah kitorang tu.
Memula saya dok diam lagi.
Nampak la bayang tu nak try bukak zip khemah.
Sib baik la malam sebelum tidur tu saya suruh Encik Z padlock kan dari dalam.
Pastu dengar ia bersuara “Ishh tak boleh bukak pulak”
Sempat saya capai jam, pukul 3 pagi kau.

Terus la saya kejut Encik Z.
Encik Z berdiri dan usha dulu.
Kelibat tu try lagi nak bukak.
“Yes?!”
“Mira?”
“Salah khemah ni”
“Opss sorry”

Eieieiieiei bikin saspen je tau nggak. Saya ni dah terbayang momok je dah ha.
Tapi kan, takkan tak perasan khemah sendiri?
OK bersangka baik. Barangkali gelap?
Tapi ada je lampu lampu kat luar khemah tu.
Sudahnya sampai ke pagi saya tak boleh lelap.
Adoi laa.
Elok masuk Subuh terus saya ajak Encik Z gi toilet.
Solat kat surau dan pastu termenung je la tunggu semua orang bangun. Tskk..

OK sambung balik cerita.
Yang paling kiri tu khemah the boys, yang tengah khemah the girls dan khemah saya yang paling kanan.
Kat setiap khemah ada kerusi meja  untuk lepak lepak.

: : Tempat sidai baju dan payung juga disediakan : :

: : Tempat letak kasut. Ada alas kaki kayu supaya boleh kesat kesat tanah ke lumpur ke : :

: : Ni khemah belah belakang. Takde kerusi meja tapi diganti dengan benda alah ini. Boleh la berbuai buai like nobody business : :

Fasiliti dalam khemah ialah…

: : Cermin : :

: : Belakang cermin ada tempat sangkut baju. Penyangkut baju pun ada jua : :

: : Kipas : :

: : Tuala : :

: : Pihak pengurusan tak bertanggungjawab kalau jadi apa apa tau. Pandai pandai kome lah yer : :

: : Fenomena kepala air. So kena hati hati ya. Kalau hari gelap nak hujan tu baiklah korang naik dari sungai : :

: : Khemahs : :

: : Kawasan perkhemahan yang luas : :

Kat sini memang banyak tempat untuk lepak relax relax.
Masa saya pegi ni tak ramai orang pun, so port ni semua sentiasa kosong.

: : Buaian : :

: : Lagi buai dan kerusi. Boleh lepak kat sini dan nampak view sungai. Sungguh menenangkan : :

: : Lagi buaian. Eh tapi ada nama lain kan benda alah ni. Hmm.. apa ek? : :

: : Ada 3. So takyah rebut rebut : :

Tempat Makan dan Dapur yang selesa…

: : Tempat makan : :

: : Breakfast, lunch, dinner semua kat sini lah : :

: : Dapur. Boleh sewa dengan kadar RM500 sehari : :

: : Air kopi dan teh. Free flow 24/7 : :

Lain lain tarikan dan kemudahan…

: : Macam air pancut. Tapi sebenarnya boleh je mandi kat sini : :

: : Ada stage live band juga. Tapi masa kitorang pegi tu takde pulak. Mungkin sebab malam tu hujan kot. Atau ada timing timing ia : :

DSCN9791 : : Surau : :

Dan paling penting. Toilet @ Tandas.
Memang bersih. Dah la bersih, cantik pulak itu.
First class!

: : Toilet yang luas dan cantik. Belah belakang pun ada toilet jugak : :

: : Depan ada 5. Belakang ada 5. So total 10 toilet. Takyah nak rebut rebut ke hapa k : :

: : Sinki : :

: : Air pancur tu sejuk. Best mandi : :

: : Sabun dan syampoo : :

Kesimpulannya memang lain dari yang lain lah Tanah Aina Fahad ni.
Memang direkemen sangat kalau korang nak pegi dengan kawan kawan.
Kalau bawak anak kecil, saya tak galakkan lah.
Sebab tidur dalam khemah kan.
Pastu nak turun ke sungai pun agak jauh dan laluan licin.
Tanah Aina Fahad ni sesuai untuk korang member member sekepala melepak lah.

Harga?
Sebab saya dah booking awal, masa tu harga promosi lagi.
RM100 untuk khemah.
RM75 untuk makan. Lunch, Dinner, Minum Petang & Breakfast.
Selepas 1 April 2015, harga dah berubah jadi RM250 untuk khemah dan makan. Ni pakej 2 hari 1 malam.
Nak info lanjut korang pegi je website Tanah Aina k?