Rambut Raya Yaya

Rambut Yaya dah kembali seperti rambut asalnya iaitu kembang-kembang kasar gitu. Ikut rambut bapaknya ok, rambut I lurus #fliprambut
Biasanya saya akan bawak dia pergi salon hujung tahun, tapi ni tengok macam dah kusut sangat, jom je lah kita buat alang-alang nak raya.
Try salon kat Dato Senu. First time pergi ni. Biasa saya pergi yang kat Sri Rampai. Dah jauh nak ke sana kan, so kita cari dekat-dekat sudah.

Kitorang sampai 10 pagi. Saya tunggu kejap explain gitu gini, pastu saya tinggalkan Yaya kat situ. Salon tu dari rumah 5 minit je ha naik kereta.

Pukul 12.45 tengah hari Yaya call kata dah siap. Tak sampai 3 jam, ok la kot. Dulu tu saya rasa lagi lama. Nak dekat 4 jam. Ikut orang yang buat jugak la gamaknya kan, kalau laju cepat lah siapnya.


: : Suka lah tu rambut baru : :

Pukul 3 petang drop Yaya kat area Sentul sebab ia nak pergi shopping dengan bapaknya.
Saya dengan Encik Z terus ke Mytown / Ikea sebab nak cari barang.


: : Nak suruh beli tshirt setahun sekali pun sampai bercekau-cekau. My husband is very penjimat u know. Baju selagi tak koyak selagi tu dia pakai : :


: :  Nampak ada stall jual air jenama Thailand yang famous tu : :

Tak terasa nak minum teh ais sebab tekak rasa loya, so try Pineapple Jasmine. Sedap. Saya memang suka nanas so macam bias sikit lah di situ. Harga RM8.80. Tertelan air liur sis dibuatnya.

Dari IKEA / Mytown dah takde nak ke mana, saya ajak Encik Z  pulang je lah. Nanti baru fikir nak berbuka kat mana lepas solat Maghrib semua. Lepas Maghrib baru kitorang keluar balik. Plannya nak ke Niara sebab masing-masing lapar nasi. Suku perjalanan Yaya whatsapp tanya nak ambik kat mana, terpaksa patah balik nunggu dia kat McD Jalan Pahang.

: : Sedapnya dapat makan nasi hohoi : :


: : AEON tutup pukul 11 malam, so singgah jap yang kat Alpa Angle tu cari barang Yaya : :