Selamat Tinggal Langkawi!

Hari terakhir di Langkawi.
Flight pukul 3 petang tapi pepagi saya dah siap siap dah.
Sebab pagi ni nak pegi pekan Kuah.
Takkan la nak balik dengan tangan kosong kan?
Dah la 10 tahun sekali kot saya pegi Langkawi ni (ok tipu).
Last saya pegi Langkawi pun sebab attend course jugak.
Rasanya hmmm.. 5 tahun lepas kot?
So lets lah ke Kuah.

20140525_085607
: : beg dah beranak 1. beg puma tu saya sumbat dalam beg hush puppies maroon tu, sebab tau nak shopping kan. sumbat semua coklat dalam beg puma : :

20140525_085729
: : view depan chalet : :

20140525_100846
: : ni van teksi yang di sewa. RM140 untuk 4 jam. tong tong dengan kak wan, kak gee, liyana & syafiq : :

20140525_104727
: : tempat shopping pertama. Langkawi Saga : :

20140525_100801
: : tempat shopping kedua : :

20140525_110555
: : tempat shopping ketiga. tetiba terrrrrbeli beg purple tu. benarnya memang dah lama pun nak cari, tapi tak terbeli. dah jumpa kat sana, zasss je lah. harga RM115. senang sok travel 3 beranak, semua pun boleh sumbat dalam itu. kak gee pun terrrrrrbeli beg pink tu. comel je : :

20140525_111814
: : tempat shopping keempat. Cote de Parfume. sebut betul betul haaa. beli perfume. ni pun macam plan jugak la nak beli walaupun tak tau nak beli perfume apa. last2 beli yang botol kecik kecik tu je : :

20140525_122258
: : fuhh dah ada hotel yer encik ismail kita? kitorang gi sini sebab tetiba plak kakwan nak cari beg besar. sebabnya sebelum tu kitorang pi Idaman Suri (takdok gambar), kak wan sudah borong macam macam, beg ia sudah tak muat, so zass lah mencari beg besau di sini : :

20140525_124227
: : kak wan beli beg hijau itu : :

DSCN1284
: : penuh satu van haa sumbat barang kitorang : :

DSCN1285
: : syafiq, hero of the day sebab tolong hangkut semua barang. mekasihhh yanggg : :

20140525_133941
: : dah sampai airport. tengah kelam kelibut transfer barang pastu timbang. mana yang terlebih lebih tu terpaksa campak tang sana sikit, tang sini sikit : :

20140525_135525
: : group check in. selamat la sikit sebab boleh combine kan : :

20140525_170342
: : alhamdulillah selamat sampai KLIA dengan beg tambahan he he : :

IMG_0533
: : tengah tunggu beg : :

IMG_0537
: : bincang dengan abang sly cemana ke kita nak pulang ke KL ini? : :

Memula saya dengan Kak Gee nak share naik cab, tapi tak boleh pulak.
Satu cab satu destinasi zon katanya.
Kitorang cam ketakutan nak naik cab sensorang, boleh?
Ujung ujung saya dengan Kak Gee sesama tolak je beg beg ni semua, naik ERL.

Mekasih Kak Gee tolong tolakkan beg beg saya itu.
Mekasih jugak layan borak dalam ERL.
Macam macam peel manusia ni kan, Kak Gee? Haihh sabar je lah bebanyak.
Sampai kat KL Sentral, suami ku udah menunggu.
Demikian berakhir kisah 4 hari 3 malam berkursus di Langkawi.

Oh, ini yang saya shoppingkan.
Saja je nak share, kalau tak suka tak dapek saya nak nolong.

20140527_212331
: : beli kat Ismail Group Coklat RM51.20 : :

20140527_205812
: : beli kat Langkawi Saga. Harga tak ingat sebab resit hilang huhu : :

20140527_205334
: : beli kat Idaman Suri. Total RM238.90. Jatuh cinta dengan set comforter dengan cadar warna hitam putih ni. Lawa plisss.. Baru RM82 je harganya . Yang lelain pun warna hitam putih. Set pisau, set sudu garpu dan towel: :

Masa nak beli towel tu kan, saya tanya la adik salesgirl tu cemana ke nak tau sesuatu towel tu serap air ke idok?

Lepas akak basuh towel tu akak tau la towel tu serap air ke tak.

Kalau dah lepas basuh baru tau serap air ke idok, takde la maknanya dik. Dah beli pun. Ni akak tanya sebab nak beli yang serap air ler. Sob sob.

Masa nak bayar pulak Kak Gee kata kalau tak sure serap air ke tak, beli sehelai dah la.
Saya kata satu untuk saya, satu untuk Encik Z la, Kak Gee.

Adik cashier tu menyampuk ‘Akak tak share towel dengan husband akak ke?’

Amboii romantik sangat tu nak share towel dik.
Akak tak sampai tahap romantik gitu lagi huhu.

20140603_202843 : : perfume ralph lauren. semua pun wangi. suka lapan juta kali : :

20140527_212934
: : beli kat luar HIG. Sehelai RM10. Untuk anak anakku. tapi terlupa pulak si nur aisya aka ocah punya tshirt. sorry ocahhh : :