Blog Maya Dot Com

Puasa

15 Terakhir Ramadhan

: : Dah hujung hujung puasa ni dah tak tau nak berbuka apa dah. Sekali tu saya beli sushi ni je ha berbuka : : : : Barang barang kat dapur cukup untuk buat Butter Prawn. So berbutter prawn lah kita berbuka di hujung minggu : : Biasa tahun tahun sebelum ni saya akan berbuka dengan Masy sebab nak pas kan duit tukar. Tapi tahun ni Masy tukar dengan kawan ia, makanya jumpa untuk berbuka je lah. Ia rajin nak…

Western & Chinese Food

Isnin dengan Selasa lepas dua hari berturut turut berbuka kat luar sebab ada urusan yang tak berkesudahan. Actually urusan tu urusan cari barang barang untuk rumah baru saya. Saya memang tak update kat blog, tapi ada la up status kat Facebook. Macam biasalah, kat blog ni kelembapan sikit. Hari Isnin lepas office berdesup ke Petaling Jaya, setelkan barang barang elektrik. Encik Z ajak berbuka kat Pizza San Francisco. Saya tau tempat ni sebab pernah ternampak kat area Wangsa Delima, tapi…

Buka Puasa Sana Sini

Hari Jumaat lepas, 24 Jun saya berbuka kat Lanai Kijang. Konon hari gaji la kan, nak mewah sikit katanyaaa hehe. Buffet Ramadhan RM45 per pax. Ada kambing golek/bakar. So itulah yang dituju dulu. : : Kambing! : : : : Pakai tudung putih tu feeling feeling Vivy Yusof ke cemana tu : : : : Meriah dan berbaloi la sebab food pun banyak, pelbagai dan sedap : : : : Boleh kata full house jugak la. Buffet ni buat hari…

Iftar Farewell For Ayu at Pae’s Crib

Encik Z berbulu sungguh saya guna perkataan Iftar tu hahah. Tapi yang sebenarnya saya pun tak gemar beriftar iftar bagai ni. Buka puasa sudah. Kita kan orang Melayuuuu. Tapi siapa yang nak guna Iftar tu suka hati kome la. Tu tajuk saya letak Iftar sebab tu nama grup kat whatsapp yang si Pae create. Pae, mohon jangan sentap. Hiks. 2,3 kali jugak la bertangguh tangguh nak buka puasa dengan depa 2 ni. Akhirnya set hari Ahad, 19 Jun. Konsepnya ialah…

Aroma Thai with Siblings

Jumaat lepas 17 Jun, saya berbuka puasa dekat Restoran Aroma Thai, Seri Kembangan dengan adik beradik ku. Abang Long la suggest restoran ni. Restoran baru katanya. Food semua sedap. So let’s lah. : : Antara yang diorder. Udang goreng tepung dengan kailan ikan masin takde dalam gambar. Tak sempat nak snap : : : : Caca sorang makan kembung 3 rasa ni. Favourite dia. Sama macam Yaya jugak : : Memang sedap food kat sini. Tu tengok licin semua makan…

2 Minggu Pertama Ramadhan 

Diam tak diam, dah 15 hari kita berpuasa kan. Saya tak berkesempatan lagi nak sembang sembang Ramadhan kat sini. Tapi Ramadhan saya biasa biasa aje. Very simple dan minimal. Berbuka macam biasa, kalau hari kerja, beli kat cafe office je. Masih mengamalkan konsep beli sendiri sendiri. Apa saya teringin nak makan, saya beli. Apa yang Encik Z nak makan, dia beli sendiri. Pastu whatsapp je lah each other inform. Saya suka dengan konsep blogger Neena Anuar, hashtag hanya 1 juadah…

Hujung Ramadhan

27 Ramadhan. Berbuka di Boat Noodle Publika. Tapi sebab tak buat reservation, mendapatlah pukul 8 malam baru dapat makan. : : New Product katanya. Egg Noodle : : : : Memula ingat nak ambik Ice Tea Blended tapi takut tak sedap, so ambik yang biasa sudah. Sedapnyaaa : : : : Ambik 2 pinggan cukup. Pastu ambik Thai Salad : : : : Selfie di Ramadhan ke 28 : : : : Berbuka makan KFC, tergoda dengan iklan TV lalu…

Jumpa Ernie Zuraida

Ramadhan ke 19. Janji dengan Ernie Zuraida nak pegi lepak mengopi jap sebelum ia balik Kulim. Ernie balik Malaysia lepas habis pantang 44 hari dan sekalian beraya kat sini lah kan. Jumpa kat The Coffeebox Cheras. Situ yang paling dekat dengan rumah mertua ia. Haa hari yang sama ni lah yang saya dengan Encik Z berbuka makan cucur bawang ikan bilis tu he he. : : Nama je mengopi tapi saya order air tembikai : : : : Wantan mee…

Random Ramadhan

OK sambung part 2 cerita ceriti di Ramadhan ini. : : Tengah lepak lepak tiba tiba dengar bunyi kuat kat bawah. Rupanya budak deliver Dominos Pizza accident. Alahai. Harap dia tak cedera parah la huhu : : : : Ada sekali berbuka makan cucur bawang je. Encik Z buat. Cicah dengan sambal ikan bilis beli kat office : : : : Oleh sebab sedap, mintak Encik Z repeat buat lagi, tapi kali ni upgrade letak ikan bilis, taugeh dan daun…

Shopping Raya

Bulan Julai gaji awal. Risau memikirkan nak survive sampai gaji 25 Ogos nanti huhu. Dalam merisau tu kemain gak hah soping moping. Isk. Hari Sabtu lepas baru saya keluar shoppingnya. Memula pepagi alam keluar pegi Poslaju Batu Caves. Nak collect parcel. Tapi haihhh service kat Poslaju Batu Caves ni dari dulu la macam takde penambahbaikan. Saya dah penah komplen dulu kat staff nya tapi diorang kata sistem down. Masalah bukan pasal sistem ke apa, tapi tempat tu kecik benau. Lepas…

16 Ramadhan

Assalammualaikum semua.. Salam Jumaat.. Pejam celik hari ni dah 16 hari kita berpuasa. Tak sempat saya nak update apa pun tentang Ramadhan tahun ni. So kita break kejap lah cerita cerita saya yang tertunggak eh. Kita update sikit tentang puasa dan Ramadhan. Nanti takde kenangan pulak kat blog ni kan. Ramadhan saya tahun ni tak berapa produktif lah. Dah takde sesi jogging di petang hari macam saya buat 2 tahun lepas. Waktu office still 7.30 pagi sampai 4.30 petang. So…

Malam Raya

: : 2 hari sebelum Ramadhan berakhir. Mama buat gak nasi ulam. aaaa sukaaaa : : : : Maamar beraya kat Taiping tahun ini : : : : dari KL ke utara jalan sesak hebat. sib baik saya tidak menuju ke utara. hiks : : : : projek petang raya. konon nak buat marble cake : : : : langkah 1 : : : : langkah 2 : : : : langkah 3 : : Langkah seterusnya dah tak mampu…

Page 2 of 512345