Shopping Raya Macha & Co

24 Ramadhan, baru la keluar shopping raya dan berbuka kat luar. Siang tu pergi melawat Faradi dulu yang dah selamat bersalin. Terus ke Midvalley. Memula pergi Crocs, pastu Bata, pastu Jelly Bunny. Beli kasut Yaya je. Kasut saya nak takde design simple kat Crocs nun. So sad. Takde la shopping beria pun sebab baju Yaya banyak dah beli berdikit-dikit sebelum puasa hari tu.

Datang meroyan nak beli serving set. Bukan tukar baru ke apa tau sebab selama-lama hidup ni memang tak pernah ada yang proper. Dok menghidang guna set tupperware hijau tu je la. Ada rezeki lebih sikit, jom lah kita invest beli.  Beli set letak biskut raya gak. Pun sama, bukan tukar baru ke apa, tapi kisahnya tak pernah ada pun. Sian kau Normaya.

Dari Midvalley plannya nak ke IKEA, cari barang sikit. Tapi sampai pun macam dah lewat nak waktu berbuka dah. So kensel ke IKEA. Berbuka kat Macha & Co. Yaya tak pernah makan kat sini lagi, so let’s lah kita.

Pusing-pusing jap kat flea market depan The Curve cuci-cuci mata, pastu baliklah kita.
Tu sekali je kot kitorang berbuka kat luar rasanya.