PRU 14 : 100 hari

Ok kisah seterusnya di hari cuti panjang kemenangan PH dalam PRU 14. Keluar lagi sebab saja-saja. Pergi AEON Wangsa Maju. Makan kat Johnny’s.


: : Shopping baju raya Yaya sikit : :


: : Lepak minum kat Starbucks : :

Dan aktiviti bergambar di bendera parti. Saja jelah buat kenangan. Panjang umur 5 tahun lagi boleh tengok balik kan. Banyaknya gambar Yaya pun.


: : Eh Mommy pun nak jugaklah sekeping : :

Prabakaran, calon Bebas yang menang Parlimen Batu. Kawasan saya ialah kawasan Batu. Masa mula-mula dapat tahu Tian Chua tak boleh bertanding kat Parlimen Batu saya macam dah alaaaa gitu. Tapi tengok je poster Prabakaran naik, terus semangat balik. Heee..


: : Ok last last : :

Belum cukup 100 hari lagi kan PH memerintah? Makanya, bawak bertenang ya anak-anak….

Posted in PRU

PRU 14 : KyoChon & Keputusan Yaya

Selepas membuat ukuran dan perbincangan, lalu kami decidelah untuk beli peti ais yang dah ditengok semalamnya kat Sen Heng. Keluar lah lagi di hari kedua cuti peristiwa PRU ini.

Dan dah niat nak belanja Yaya makan kat Kyochon sempena keputusan exam dia yang boleh la dikatakan agak membanggakan. Walaupun ada terselit seketul C di situ.
Kami ke Kyochon di Mytown. First time nak try makanan viral yang menjadi sebutan ramai nih.

Kena q dalam 20 minit jugak tau sebelum dapat masuk makan. Predict?
Semua pun sedap! Patutlah viral dan ramai tergila-gilakan. Sedap sedap. Siapa yang belum lagi cuba sila lah ya.


: : Lepas tu masuk IKEA cari barang sikit : :


: : Sebelum balik singgah Old Town mengopi. Tapi I mencendoi : :

Malam esoknya keluar pergi pasar malam Jalan TAR. Nampak nau lama tak pergi, so taktau yang belah-belah depan tu dah clear. Start gerai semua lepas laluan kecil nak ke Semua House tu.


: : Teringin durian so beli lah. Tak sedap. So sad : :


: : Pekena laksa. Tapi of course tak boleh lawan laksa Mama buat : :


: : Pencinta kucing. Ada permintaan nak bela kucing tapi both Mommy and Ayah don’t think so lah sayang : :