#NormayaTurns39 – Dolly Dim Sum with Kak Gee & Kak Lin

Dekat 2 bulan lebih kot tak jumpa Kak Gee dengan Kak Lin.
Faham masing-masing membusy. Nak set makan-makan birthday saya ni pun tertangguh beberapa kali.
29 Januari baru lah jadinya.
Kami pergi makan kat Dolly Dim Sum, SPM.
Rasanya masa saya pergi first time dengan Di dulu dekat Nu Sentral kan, menu nya takde gambar.
Tapi yang ni ada je gambar? Baru ke cemana ek? Ke dulu memang ada tapi saya yang tak perasan?
Eh apa-apa je lah kau Normaya lol.

Memula staf situ bagi menu yang CNY punya.
Terkulat-kulat kejap kitorang, last-last adik comel staf kat situ bagi yang menu bergambar baru la tetiga cam legaaaa hehe.
Kak Lin tu kata je tak pernah makan kat Dolly Dim Sum ni, tapi cara dia order tu macam dah regular customer sangat dahhh hehe.

: : Kak Gee dengan Kak Lin taknak minum green tea ke chinese tea ke, maka terpaksala saya minum satu teko tu air Ju Hua Tea sensorang. Tapi sedap je. I suka je : :

: : Kway Teow ni sedap! : :


: : Elok pulak banyak hidangan memang ada 3 ketul. Dapat la sorang 1 merasa. Egg Custard Bun tu pun sedap dap dap : :

Siapa yang view instastory saya perasan la kot ada saya buat luahan emosi kat depa berdua.
Memahami sangat dedua ni. Sayang angat-angat.


: : Dapat hadiah Crabtree & Evelyn. Heee tau je depa saya suka wangi-wangi ni kan : :

Thank you for everything Kak Gee & Kak Lin!
Love love love……

#NormayaTurns39 – Titan Naelofar


: : Letak poll ni kat Instastory : :

Sebenarnya saya memang ada rancangan nak beli jam tangan baru.
Cuma bertangguh-tangguh mengirai duit tengok bajet cukup ke tak.
Tunjuk gambar jam ni kat Encik Z, dia tanya so hadiah birthday nak jam ke?
Wah pucuk dicita ulam mendatang.
Teruslah angguk laju-laju.

Lalu kami ke butik Naelofar yang baru kat TTDI tu.
Butik baru ni seberang jalan je dengan butik lama yang sedia ada tu.
Tapi butik baru ni lagi besar dan lagi selesa dan lagi eksklusif gitu.

: : Terus pergi terjah apa yang dihajati : :


: : Gitu sekali tertunduk-tunduk nak ambik feel : :


: : Ada nampak Mommy happy? : :

Maka terpaksalah mengucapkan selamat tinggal kepada jam Casio yang dah berusia 9 tahun ini.
Jam ni Jocko hadiahkan masa birthday saya yang ke 30 tahun.
Time tu kitorang celebrate ramai-ramai kat Lanai Kijang.
Masa tu saya belum nikah pun lagi dengan Encik Z.
Berapa panjangnya jodoh saya dengan jam Casio ini.