Selamat Tinggal Zaman ‘J’ ku…

wah kan.. tajuk tak boleh blaaa..
nanti kena label mencari kontroversi pulak. heh.

tapi betul la kan. dekat 3 tahun uolls i hidup sebagai Lady J ok.
diperli disindir orang.
takut nauuu mak caras laki korang kan.
laki orang nie semua mak tak main ok.
mak belum sampai kedaung nak caras laki orang ek.
so pada sesiapa yang ada niat nak caras laki orang tu, rentikan lerrr.
bak kata ary, lelaki bujang yang baik di muka bumi ini belum pupus lagik.
pikir-pikirkanlah..

berbalik kepada cerita asal.
last week aku dengan encik z kasik setel segala urusan dokumentasi.
adil dah balik dari KK for good, insyaAllah.
lalu hangkut dia untuk sign segala borang kat penolong pendaftar kariah sri rampai.

imam jurunikah masjid sri rampai tu kacak uolls.
baik dan berbudi bahasa lak tu. senyum sokmo je. ai like.
dah setel kat situ, ke jawi plak.
oh, sesapa yang ada nak berurusan kat jawi, pejabat nikah kahwin ni tengah direnovate.
so office sementara adalah di bangunan jejantas katanya.
pandai-pandai korang la carik eh.

Clip021

kat jawi pun sekejapan sajork.
very the fast and furios mereka membuat pekerjaan.
thumbs up jawi!

Clip027

kemudian ke masjid usamah bin zaid pulak.
tempat kejadian kekdahnya kan.
berjumpa pulak dengan ustaz mursyidi yang very the muda trang tang tang. pun sangat baik dan selalu lah tersenyum saja.
dalam masa 1 hari semua urusan selesai.
so tinggal tunggu masa dan ketikanya saja… 😉

Clip028