#NormayaGolden40th : Thank You Avillion Port Dickson!

Good morning Avillion! Perasaan bangun tidur di tepi laut ni tak boleh bayangkanlah. Dia punya damai tu…..


: : Salah satu kekurangan di Avillion ni ialah najis cicak huhu : :


: : Complimentary newspaper  : :

Hari ni I pulak pergi breakfast berdua dengan Encik Z. Food untuk breakfast kat sini ok ok lah. Nak kata meletup sangat pun tidak. Tapi better la dari Avani yang I pernah pergi dulu.

Pagi ni tak boleh tidak, kena jugak jugak pergi swimming. Konon plan nak swim malam tadi, tapi tak larat sudah. Nampak katil memanggil-manggil je ha. So hari ni kena lah pergi jugak. Rugi pulak rasa kalau tak swim. Tapi lalu je tengok ada shooting pulak dah. Tak tau la filem ke drama ke. Semua orang duduk tepi. Ini tak boleh jadi, terus I approach crew kat situ. Dia kata boleh je nak mandi, tinggal segan tak segan je laa. Ah I tak segan, terus je masuk dalam air. Tengok I dengan Encik Z dah  masuk dalam air, baru la orang lain pun masuk sama. Awalnya semua segan-segan kot. Mandi dalam 2 jam jugak lah kitorang ni.

Balik bilik siap-siap nak check out. Pastu bergambarlah sekeping dua buat kenangan.

Terima kasih Avillion Port Dickson! Siapa yang tak pernah pergi tu saya rekemen kan pergilah sekali seumur hidup. InsyaAllah tempat ni best!