Walaupun Saya Peminat Tegar Pink, Saya Juga Berjiwa Perwira

sehari sebelum fly ke langkawi, aku gi jusco au2 sebab mau beli beg.
beg yang disasarkan adalah deuter pink kaler pink.
aku pernah nampak ada jual kat sini lama duluuuuu….

so sampai-sampai kat jusco, terus la laju jer jalan gi tempat beg tu.
tapi hampa lagi kecewa… sebab kaler pink idaman hati takder sudah.
sedih gila okkk…
aku kena beli backpack sebab yang sedia ada sudah kekotoran.
aku saspek kena kotor masa gi camping kat lata kijang hari tu.
dah sental sental pun namo hilang.
tu yang nak jugak backpack baru. heee…

lepas kecewa, terus gi ke stall tako tao.
ceh konon nak mengubati hati duka lara kena makan tako tao la kan.
lagi pun tak de orang masa tu.
selalu tako tao tu, nak menunggu kemain hazabb lagi..

tetiba dapat call dari encik z.
siap video call lagi. over ko kan…
tapi hati aku terus berbunga bunga bila nampak gambar dalam video call itu ialah susunan backpack deuter pink!
yeay!!! ada!!!

ada banyak jenis oh…
backpack ada, sling bag ada..

senarai harga.. ada 30% discount ok..
la la la la la la… kalau anda gembira tepuk tangan..
kalau anda gembira petik jari…

masa nie tengah gigih memilih.
tengah ragu ragu nak pilih yang paling kecil ke, paling besar ke atau sederhana besar.
kebetulan plak aku pakai kurung pink masa nie.
sesuaiiiiiii benarrr…

ok confirm aku nak amik deuter gogo.
so kena checking 1 2 3 dulu supaya semua dalam keadaan molek.

masih mengkagum dengan deuter pink series ini.
tabik springgg pada orang yang keluarkan idea.
mesti dia pun suka kaler pink kan…

ko tau jer la, deuter nya produk mana penah ada kaler pink.
semua pun kaler garang garang…
aterrr memang untuk bersukan bercamping bagai kan..

makanya, jangan ko pandang sebelah mata orang yang suker kaler pink nie.
tak semua nya lembik melembik atau gedik menggedik yer.
ada juga berhati waja dan cekal…
yer saya salah seorangnya ia…

saya pernah daki gunung nuang (walaupun tak sampai puncak ekekeke), pernah camping kat FRIM, jungle trekking di alang sendayu gombak, pernah juga meredah hutan di hutan belum, bercamping di taman negara, snorkelling di pulau perhentian dan pulau redang…
ok ok cukup normaya. tak perlu melebih lebih..

pokoknya, saya berjiwa cekal walaupun saya sukakan warna pink.
ote?

dan inilah deuter pink saya!
wut wut wut..

sampai rumah, makan tako tao 6 bijik perasa unagi & sotong kot.
sambil ngap ngap sambil belek beg baru.
yeay!!