Phuket, Thailand : Kap Kun Kap!

Flight balik KL pukul 9.55 pagi. Bukan sengaja nak ambik flight pagi tapi sebab Malindo Airlines memang ada 1 flight pagi je balik KL huhu.
Macam Air Asia, ada banyak flight kan. Tapi kalau beli airlines lain-lain pergi balik harga akan jadi mahal. Korang pun tau. So bertabah je lah balik awal pagi. Bangun pagi, breakfast roti dan turun bawah bergambar jap.

: : Lobi hotel : :


: : Seberang jalan je dah Patong Beach : :


: : Pepagi alam clear je pantai : :

Transportation ke airport pun sama dah booking awal, so tunggu je lah driver sampai.
Pukul 8 pagi dah sampai dah. Sokay la just nice je untuk check in dan drop luggage. Besar jugak airport Phuket ni.

Nampak Starbucks, Encik Z la ajak pergi sana, dah saya terpandang tumbler ahcun comel sweet je. Terus gedik macam nakkkk. Bertimbang tara nak beli ke tidak nak beli ke tidak huhu..


: : Ada tempat solat di airport : :


: : Food dalam flight sama macam datang hari tu. Tapi napa kah comot tu : :

Satu jam setengah selepas itu, kami telah selamat sampai di KLIA. Flight smooth saja.
So, that’s the end of our ala-ala honeymoon trip ke Phuket, Thailand.
Overall ok je lah Phuket ni. Sepatutnya saya pergi lama dulu lagi hehe.
Terima kasih Phuket! Kap kun kap!
Nanti last entry saya share ole-ole yang dibeli, pakej yang saya ambil dan kompilasi video, k.