#Zturns36 : Observation Deck Petronas Twin Towers

Observation Deck letaknya di tingkat 86.
Petronas Twin Towers ni total ada 88 tingkat.
Tapi tapi tapi…. OK sat gi saya sambung mengapakah tapinya.

: : Naik lif untuk ke Observation Deck : :

: : Disambut oleh staff Petronas Twin Towers bernama Encik Azman : :

: : Jangan sentuh! : :

: : Ada video yang menayangkan sejarah salasilah pembangunan Kuala Lumpur : :

: : Kebanggaan Malaysia : :

: : Comel je benda alah ni. Ada dilabelkan Tasik Titiwangsa kat mana, Istana Budaya kat mana.. etc etc : :

: : Harmony in Diversity : :

: : Boleh teropong pemandangan Kuala Lumpur menggunakan teropong ajaib ini : :

: : Anakku yang tak cukup ketinggian : :

: : Pakai kamera murah. Gini lah romannya. Gelap gulita : :

Layan view…..

Benda alah ni canggih sangat. Menjakun kitorang anak beranak.
Korang letakkan bar code yang kat tiket tu kat atas ni, nanti akan keluar bahagian bahagian kat Petronas Twin Towers ni dalam bentuk 3D.
Memang canggih.

Memula kitorang buat satu arah je, pastu datang Encik Azman tadi, dia tolong tunjukkan pusing tang sini pusing tang situ.
Terus memasing cam waaa kagum kagum.

Sempat saya tanya dengan Encik Azman tu.

“Betul ke Petronas Twin Towers ni berhantu?”
(gitu soalan kepochi ostajah kan)

“Biasalah Puan. Tempat tempat macam ni. Tinggi, besar, luas. Kat mana mana pun mesti ada. Macam orang tinggal toyol kat airport tu lah”

“Hah.. orang tinggal toyol kat airport?”

“Puan taktau yer?”

“Taktau la pulak”

“Orang ambik toyol kat Mekah, memanga ada tempat kat Mekah tu yang kalau kita puja apa apa peralatan ia boleh jadi toyol. Tapi bila sampai airport, orang tu berubah fikiran sebab takut, terus tinggal toyol tu kat airport”

“Oooo… kekdahnya. Memang saya taktau. Maknanya kat sini memang ada lah ek?”

“Ada. Pernah je staff terserempak. Tapi dia tak kacau orang lah. Memang every 3 – 5 years Ustaz Haron Din akan datang untuk baca doa dan clearkan apa yang patut”

“IC. Yang kata ada tingkat kosong tu? Yang you all letak kerusi meja sebab katanya tempat “benda” tu tinggal?”

“Oh. Yang tu agaknya tingkat maintenance kot. Memang ada 3 tingkat lagi kat paling atas, tu kitorang kosong kan untuk office maintenance”

: : Petronas Twin Towers ni the tallest twin towers in the world dengan ketinggian 452 meters. Bangganya saya jadi anak Malaysia! : :

: : Saya pernah naik Taipei 101 Tower ni. Ketinggian 508 meters. Tapi ia bukan menara berkembar ok : :

: : Burj Khalifa Dubai. 823 meters. Mau gayat organ organ dalam badan kalau dapat naik tingkat atas sekali : :

Souvenir pun ada dijual kat sini. Tapi saya tak beli sebab dah aim nak beli kat gift shop kat bawah nanti.
Kitorang kat sini dalam 20 minit je. Memang itu je tempoh masa yang diberikan.

: : Ala ala bintang bintang di langit : :

WP_20150603_09_58_59_Pro : : Menara menara tertinggi di dunia : :

WP_20150710_07_27_49_Pro

: : Beli gambar ni buat kenang kenangan RM53 : :

WP_20150614_11_06_56_Pro : : Dan beli souvenir ni RM32.40 : :

Kesimpulannya, bawak lah anak anak korang ke Petronas Twin Towers Skybridge & Observation Deck ni.
At least merasa sekali seumur hidup pun jadilah.
Sebab ini adalah kebanggan kita rakyat Malaysia.
Pelancong luar semua berebut berpusu nak pergi, takkan kita sebagai warganegara Malaysia nak lepaskan peluang ni kan?