Tak Reti Reti Nak Balik?

berbincang sudah, sarung cincin sudah, makan sudah, bergambar sudah.
apa lagi yang ditunggu… tak reti reti nak balik?

jadinya masa untuk pulang pun sudah tiba.
jangan sedih sedih adil. macam la hai tak jumpa lagi kan.
sekarang sila berfikir untuk kerja kuat kuat supaya duit terkumpul dengan cepat dan boleh kahwin yer encik mahathir.

heee ada pun gambar dengan encik z.
photographer khas yang dijemput dari segambut. he he he.
aku paksa paksa dia pakai baju merah putih nie.
vavavavava. memang mak suka paksa paksa laki mak.
napa? u ada masak elah ke?
takde kalu, duk sana diam diam.
jangan satu blog mak pulak ko nak study.

tapi harus hantaran dibahagi bahagi dulu yer.
sementelaah banyak hantaran makanan, sambil sambil angkat sambil sambil aku ngap. kui kui kui…

pastu mak lang pot pet pot pet kat aku sebab sebijik sebijik anggur sudah lesap.
he he he. relax la mak lang.
nama pun makanan kan… ujung ujung selamat dalam perut jugak apa..

punya la huru hara nak susun hantaran dalam kereta.
apa nak kata ko, ini first time keluarga puan normah pergi meminang anak dara orang. ginilah romannya.
ek eh.. first time dan kali terakhir jugak la yer kot kan..
adil, jangan gila gila nak suh meminang lagi pasni yer..
awas loo…

sila ucapkan kata kata terakhir sebelum berpisah untuk hari itu.
sambil diawasi oleh kakngah. 😀

sebab lepas tu kakngah plak nak menyebok.
nie bukan aksi ngumpat atau aksi gossiping yer, nie aksi bertanya kat mana asam pedas yang terbest kat melaka nie.
tapi aku pun udah lupa la jalan jalan kat melaka nie.
aterrr… 6 tahun sudah berlalu oh…

akhir kata, selamat bertunang untuk adil & yana.
jaga hubungan nie baik baik..
kak ngah doakan selamat ke jinjang pelamin, insyaAllah..

nanti korang kahwin, kakngah sponsor lagi satu dulang k..
selamat menempuh alam pertunangan.. enjoy dan happy2 selalu 🙂