Pendapat Saya Mengenai Chalet di Paya Indah Wetlands


: : pintu masuk paya indah wetlands dengkil : :

kita mulakan dengan chalet yang aku duduk ini.
yang belah kiri tu chalet the boys. jadi otomatik yang belah kanan adalah chalet the girls.
satu malam duduk sini adalah RM120.


: : ruang depan adalah luas : :


: : katil queen : :

muat la katil nie untuk kitorang bertiga.
tapi sebab aku tidur tengah, harus maki dalam hati jer ida ngan fin kot.
aterr aku sesikit kalih ke kanan, sesikit kalih ke kiri.
bukan apa. aku rasa panas.
tapi bila campak selimut sejuk plak sebab bukak aircond ngan kipas.
fin kata haba badan aku panas.
reptilia kah aku? adakah aku mendapat kuasa si buaya? aaaa….

kalau ko datang reramai jangan risau, chalet ni luas.
ko bawak toto.. boleh tidur dalam 3,4 orang lagi kat bawah.


: : ada TV, aircond, mini fridge : :


: : ada kerusi juga : :


: : ada meja tulis. cerek air pun ada : :


: : toilet sangat meluas. ada shower dan bath tub : :


: : toilet duduk : :

toilet bilik aku ok. toilet bilik the boys yang hazab sikit.
cover jamban tu tercabut sudah.

pastu pintu yang nak tutup toilet kat bilik diorang sudah stuck.
aku taktau la macam mana dema mandi.
adakah sorang mandi, 2 orang tutup mata atau free show.
tapi aku dah sound fay ngan haron, kalau i tengok bontot laki i melecet, awasss luuuu…
matikk la berprasangka laki sendiri gay. cena?
ok ini adalah gurauan. sila jangan amik hati yer sesiapa..

oh lagi satu untuk paya indah wetlands, if happen ada staff yang termasuk dan terbaca kat blog aku ni lah, boleh tak cam bilik tu dibersihkan bersih bersih.
sebab eventho kata dah dibersihkan, tapi taik cicak cam banyak jugak la..no offence, ini pendapat jujur sebab kadang kadang quite merimaskan jugak la taik cicak ni huhu…


: : papan tanda ni ada kat kawasan paya indah wetlands : :


: : toilet yang besar dan luas di kawasan paya indah wetlands : :

kesimpulannya, kalau sesiapa yang ada masa senggang dah tak tau nak bawak family gi mana, boleh considerkan paya indah wetlands nie ek..
letaknya di dengkil sana.
drive dari KL dalam 45 minit kot.

kalau taknak bermalam pun sokayy..
boleh jalan jalan saja. antara aktiviti yang ada di sini ialah :-

1. birdwatching
2. jungle trekking
3. cycling
4. photography
5. hippo feeding (10 pagi – 10.30 pagi sahaja setiap hari)
5. crocs feeding (11 pagi – 11.30 pagi sabtu dan ahad sahaja)
6. fishing
7. kayaking

waktu operasi paya indah wetlands ialah setiap hari – 7.30 pagi hingga 7 malam.
untuk keterangan lanjut boleh hubungi :

Penguasa
Paya Indah Wetlands
Jabatan Perlindungan Hidupan Liar dan Taman Negara
KM 4, Jalan Dengkil – Banting, 43800 Dengkil, Selangor
03 87687616 / 8726
piw@wildlife.gov.my