Blog Maya Dot Com

OwnPerception

ULANGTAHUN

Hampir 3 tahun menggalas gelaran ibu tunggal, saya kembali bergelar isteri. Bergelar Puan. Yang sejujurnya semasa saya bercerai dulu, tidak pernah saya fikirkan dan bayangkan. Adilnya Allah SWT pada setiap hambaNya. Diturunkan dugaan tetapi kemudian digantikan ketenangan dan keindahan. Tanpa saya sedar, hari ini sudah genap 5 tahun saya berkongsi hidup dengan sang suami. Suami yang baik pekerti, memahami, penyabar dan ah segala yang baik milik dia saya cinta! Ikhlas menerima saya seadanya tanpa mengkritik yang tidak tidak. Sama memimpin…

KEHIDUPAN

Saya seringkali melupakan Pencipta Yang Maha Agung, tetapi Dia tidak pernah melupakan saya. Didatangkan saya ujian dalam pelbagai cara, tetapi Dia juga yang membantu saya menghadapinya. Allah… malunya bila difikirkan kembali. Dia tidak pernah berhenti memberi. Kehidupan sebagai seorang janda saya lalui seadanya. Apa yang saya maksudkan dengan memanfaatkan episod janda itu ialah saya mula mengembara melihat dunia. Itu sebenarnya yang saya ingin lakukan dari dulu tapi banyak faktor yang menghalang saya. Dengan gelaran janda, saya sudah tidak perlu meminta…

JANDA

Saya meniti hari hari sebagai seorang ibu tunggal. Atau masyarakat lebih senang menyebut janda. Kan? Ibu tunggal atau janda, maksudnya cuma satu. Tiada suami. Spesis yang mungkin ditakuti oleh mereka yang bersuami. Saya bilang mungkin. Saya sendiri juga pernah ditelefon oleh seorang wanita kerana hubungan baik saya dengan suaminya disalaherti. Gugup juga saya ketika itu. Saya kenal suami beliau sedari saya berumur 21 tahun lagi.Putus hubungan. Dan kembali berhubung setelah sekian lama. Awalnya saya bengang juga. Tapi disedarkan oleh seorang…

PERCERAIAN

Proses penceraian saya berjalan tanpa sebarang halangan. Di hari yang sama si dia melepaskan saya, hak penjagaan Yasmin diserahkan sepenuhnya kepada saya. Dengan nafkah sebanyak RM450 yang dipertanggungjawabkan untuk Yasmin, saya mula menyusun kehidupan baru untuk kami berdua. Perceraian tidak menghalang saya dan si dia untuk terus berhubungan. Semuanya demi Yasmin. Mama masih menyimpan harap untuk saya dan si dia kembali bersama. Walau tidak pernah dicerita tapi dari riak matanya saya tahu harapannya besar. Ah, kerasnya hati saya. Keras atau…

KEPUTUSAN

Semasa saya mengambil keputusan untuk bercerai dulu tidak banyak faktor yang saya pertimbangkan sebenarnya. Saya ingin berpisah. Noktah. Di satu hari yang indah, or should I call it as hari yang hitam?, saya terjaga di awal pagi dan nekad mengambil keputusan untuk berpisah. Tapi keputusan itu bukanlah didorong oleh perasaan marah, dendam atau sakit hati. It just happened. Just like that. Saya pergi ke pejabat seperti biasa. Dan saya ceritakan keputusan itu kepada seorang teman. Saya pasti teman saya itu…

Hijrah Satu Pengorbanan

Ini pulak cerita 3 minggu lepas. 31 Oktober 2014 hari Jumaat hari tu Ustazah Siti Nor Bahyah datang kat surau office saya ni ha bagi tazkirah sempena Maal Hijrah. Antara point yang saya ingat :- 1. Kita perlu berkorban baru boleh berhijrah. Tanpa pengorbanan kita takkan dapat berhijrah. Dalam maksud ni kan? 2. Ustazah kongsikan kisah penghijrahan Abu Salamah yang meninggalkan keluarga beliau untuk mengikut Rasululullah SAW berhijrah dari Mekah ke Madinah 3. Kisah Suhayb ar-Rumi yang membuat pengorbanan dengan…

Mah

Saya ni tak pandai nak tulis cerita tentang isu isu semasa. Tambah lagi isu yang amboi banyaknya komen dan semua pun feel good good nak bagi pendapat. Selalu saya baca dan terus cam OK. Contoh kes Kiki dan steering lock, kisah isteri Mat Yo pakcik dayus, kisah I Want to Touch a Dog, kisah Firdaus rumah flat, kisah Villa Nabilla dan lain lain lagi lah. Selalu pun cam baca, pastu buat discussion sikit dengan Kak Tin, Payiet & Encik Z.…

Anak

Tengok tajuk tu agak agak entry ni entry amukan ke, entry emosi ke, entry pasghah itu menyeghah ke atau entry sabarlah sayang? OK entry ni gabungan semua yang di atas. Siapa rajin marilah membaca, dan bertabahlah. Entry ini saya mulakan dengan 2 scene conversation di antara saya dengan 2 orang kawan berpangkat mak mak. Saya pendekkanlah janji isinya sampai yer. Scene 1 Mya, kau bila nak tambah anak lagi? Nak, Kak. Tapi belum ada rezeki. Kau kena la doa banyak…

20 Ramadhan.. 3 Tahun Yang Lalu

Conversation kat atas ni terjadi pada 21 Januari 2011. Dah lama kan? Tapi inilah antara conversation paling terkesan yang pernah saya alami. Saya namakan kawan saya ni A. Saya kenal A masa saya umur 21 tahun. Kitorang sebaya. Umur 21 what do u expect kan. Remaja muda belia. Memang banyak merepek dari warasnya. As time goes by, masing masing dah berkeluarga, so jarang sangat dah dapat jumpa. Tapi kadang kadang kitorang borak jugak dalam facebook. A bertudung tak silap saya…

Kak Kiah & Supermeng

bebaru ni naik tweet kat timehop saya, bebetul setahun yang lepas, dari saya start baca blog kak kiah & blog supermeng. blog kak kiah saya tau dari masy. sebab dia tweet kata pasal stress nya kalau travel dapat travelmate yang macam macam cekadak. start dari situ la saya baca blog kak kiah. masa tu dia pi Jeju, Korea. ni saya tengah baca lagi sekali kak kiah repeat pi Jeju sebab masa dia pegi tahun lepas tu, dapat travelmate yang fussy…

Maaf

masa mula mula blogging dulu, ikut suka hati je nak tulis apa. nak marah ke, emosi ke, meroyan ke, carut ke. tulis je sebab tak terfikir dan tak rasa ramai orang baca pun. tapi sekarang ni tak boleh sewenang wenang nak tulis sebab memang tak tau dah sapa sapa yang baca. nak snap gambar letak kat blog pun saya dah mula bertimbang tara. yer lah sebenar benarnya bukan semua orang suka gambar depa keluar kat blog orang. tambah lagi yang…

Ignorance

kadang kadang saya rasa saya bukan seorang kawan dan insan yang baik. saya rasa saya seorang yang ‘ignorance’ bukan saya sengaja, tapi saya kira ini saya yang sebenarnya. saya tak pandai ambil hati orang. saya tak pandai menzahirkan simpati saya pada orang. bahasa kasarnya, saya kurang peduli pada apa yang terjadi di sekeliling saya. kawan yang baru melangsungkan perkahwinan, saya tak ucap selamat. kawan yang baru bersalin, saya tak ucap tahniah. kawan yang sakit, saya tak ucap semoga sembuh. kawan…

Page 2 of 812345...Last »