Blog Maya Dot Com

OwnPerception

Kehilangan

‘Assalammualaikum Maya. Maya aku perlukan kau…. di saat2 aku merasa paling lemah maya’ Message yang saya terima dari Farah pada 23 September. Pada pembaca setia blog saya, mungkin masih ingat ENTRY INI. Farah.  Sahabat saya. : : Cukup status saya di Facebook ini menerangkan segalanya : : Kawan arwah share video tentang arwah di Facebook. Berlatarbelakangkan lagu Hidup Dalam Mati. Ya Allah.. berderai derai air mata saya. Sebak sedih sungguh rasanya. Saya pernah kehilangan Pah & Tokki (sebelah arwah Abah)…

Tuntutan Iddah, Mut’ah & Harta Sepencarian – BAHAGIAN I

Sebelum korang meneruskan pembacaan entry ini, saya dengan kerasnya nak beri amaran, pembacaan adalah di atas risiko sendiri ya. Bak kata orang putih Read at Your Own Risk. Gitu. Mungkin ada yang tak setuju dengan entry ni, dan rasa saya tak patut up entry ni. Mungkin ada yang kata saya buka pekung di dada, atau mengaibkan orang. Ya terserah aja lah. Yang pasti ini yang jadi pada saya, dan saya takde tokok tambah cerita. Tujuan saya up entry ni untuk…

Sepetang Bersama Blogger 2016 #SBB2016

Dapat tau tentang Sepetang Bersama Blogger 2016 #SBB2016 ni dari Kid. Saya friend dengan ia kat Facebook. Nampak news naik. Terus cam eh nak ajak Masy pegi lah. Roger roger Masy. Dia ok, so terus lah register. Tapi niat utama kitorang ni sebab nak menang lucky draw. Bukan sebab nak bernetworking sangat. Buruk perangai kan hehe. Tahun 2014 dulu saya pegi heyy saya menang iPhone 5c tau. Masy pulak menang telekung. So konon harapan dapat la menang lagi tahun ni.…

Ironi

31hb Januari dalam maghrib camtu dapat inbox dari Naim. Katanya mama Chelly meninggal. Mula mula macam tak berapa sure sebab message dari Kakak Naim macam tak clear. Cek tengok kat Facebook Chelly, confirm mama nya meninggal. Janji janji dengan Naim nak pergi melawat esoknya. Memandangkan dekat dan esok tu pun cuti Hari Wilayah, macam tak manis pulak kalau tak pegi. Esoknya pagi pagi Naim jemput saya kat rumah dan kami terus tuju ke Masjid Kem Wardieburn. Jenazah dah ada dalam…

MinumMinum

Korang suka minum fresh juice tak. Yang pure punya, takde serdak serdak, takde campur gula apa semua. Haaa meh saya nak kenalkan dengan Minum Minum. Ni saya jumpa masa scroll scroll Instagram. Biasalah zaman sekarang kan, semua pun kat Instagram. Apa orang beli semuanya punnn teringin saya ni. Roger roger kat whatsapp. Lalu ajak Adik Beradik Tiri join membeli. Masa ni ada promo Ramadhan. Beli 3 botol besar, dapat free kurma dan kismis. : : Saya punya yang tengah tu.…

Meniti Waktu Sukar

Assalammualaikum semua.. Lama saya tak buat entry sembang sembang kan? Tau je la, saya ni bukan reti sangat nak sembang. Saya biasa tulis entry atas kejadian kejadian yang terjadi je. Tapi hari ni rasa nak sembang sembang sebabnya dalam draft dah takde entry dah yang nak dipublish. Sebulan 2 ni life saya hectic sikit. Macam macam keterjadian yang terjadi. Bulan September bulan pulun overtime. Weekend dan public holiday saya kerja. Hari biasa pun pulun sampai overtime sampai pukul 10 malam.…

See You Again

Lepas habis aktiviti Riadah K’RISMA tu saya ajak Encik Z gi tengok movie. Dengan peluh peluh busyuk asyam tu he he. Ala, dah duduk dalam kereta, dah kena aircond, tak busyuk asyam dah laa.. Gi nonton movie Fast & Furious 7 kat Midvalley. Show pukul 11.15 pagi. Saya rasa saya penah tonton je semua cerita Fast & Furious ni. Tapi tak tengok kat wayang lah. Semua pun tengok bila dah tayang kat tv. Kali ni gedik sangat nak tengok sebab…

Cerita Ceriti di Pejabat

2 kisah di pejabat, saya rangkumkan dalam 1 entry ya. Memula kisah makan makan sempena meraikan birthday kakitangan bulan Januari dan Februari. Termasuk saya lah kan ehem. Macam biasa makan makan dan ucapan. Dan dapatlah voucher sogo RM10. Yang hari tu saya menang award tu pun tak terbelanja lagi. Lama dah ah tak pegi Sogo, malas dan kekangan masa. Banyaknya memang malas ah hehe. : : Liyana si kaki selfie : : : : Saya pun kaki selfie gak tapi…

Menziarah

14 November 2014, Jumaat. Saya mengikuti rombongan Puspanita Kijang office saya pergi ke Pusat Jagaan Al-Fikrah di Kajang. Pusat Jagaan Al-Fikrah ditubuhkan untuk menempatkan mereka yang tidak mempunyai tempat tinggal dan terbiar. Mereka terdiri daripada penghuni tanpa waris, warga emas, orang kurang upaya, mualaf dan bekas pesakit hospital. Objektif penubuhan pusat jagaan ini adalah untuk memenuhi keperluan sementara/kekal penghuni miskin, tidak berkemampuan, tiada saudara-mara dan juga bermasalah sosial. Ia juga adalah sebagai transit kepada kes-kes terbiar sehingga waris dapat dikesan…

Tentang Perceraian Itu

5 entry yang terdahulu pasti membuat ada yang tertanya tanya. Kenapa selepas 7 tahun saya kembali mencoret kata? Hey.. tiada sebarang agenda. Tiada maksud tersembunyi. Sekadar mengimbas memori yang ada manis dan ada pahitnya. Jangan risau. Saya baik baik saja. Sekali lagi saya ulangi, saya tidak membenci si dia. Saya berterima kasih atas apa adanya yang pernah si dia memberi. Yasmin, terutamanya. 🙂 Baru baru ini saya terjumpa satu blog. Blogger ini satu masa dulunya pernah juga menulis.. Tapi blog…

ULANGTAHUN

Hampir 3 tahun menggalas gelaran ibu tunggal, saya kembali bergelar isteri. Bergelar Puan. Yang sejujurnya semasa saya bercerai dulu, tidak pernah saya fikirkan dan bayangkan. Adilnya Allah SWT pada setiap hambaNya. Diturunkan dugaan tetapi kemudian digantikan ketenangan dan keindahan. Tanpa saya sedar, hari ini sudah genap 5 tahun saya berkongsi hidup dengan sang suami. Suami yang baik pekerti, memahami, penyabar dan ah segala yang baik milik dia saya cinta! Ikhlas menerima saya seadanya tanpa mengkritik yang tidak tidak. Sama memimpin…

KEHIDUPAN

Saya seringkali melupakan Pencipta Yang Maha Agung, tetapi Dia tidak pernah melupakan saya. Didatangkan saya ujian dalam pelbagai cara, tetapi Dia juga yang membantu saya menghadapinya. Allah… malunya bila difikirkan kembali. Dia tidak pernah berhenti memberi. Kehidupan sebagai seorang janda saya lalui seadanya. Apa yang saya maksudkan dengan memanfaatkan episod janda itu ialah saya mula mengembara melihat dunia. Itu sebenarnya yang saya ingin lakukan dari dulu tapi banyak faktor yang menghalang saya. Dengan gelaran janda, saya sudah tidak perlu meminta…

Page 1 of 812345...Last »