Restoran E & O Kari Kepala Ikan


: : Plan terkejut dalam lif namanya ni ehehe. Asalnya nak keluar bertiga dengan Abang Mohd Noor & Faradi je, tengah tunggu lif Sham & Azman tanya nak lunch mana, terus lah together-gether pegi lunch kat Sepiring, SPM : :

Di hari lain pula, saya, Abang Mohd Noor, Hakim dan Azman pegi lunch kat Restoran E & O Kari Kepala Ikan.
Lama jugak dah plan nak ke sini dan jenuh jugak pujuk nak yakinkan diorang.
Saya dapat tau pasal restoran ni kat blog Wahida.
Saya tak ajak Encik Z sebab dia tak minat sangat makan kepala-kepala ikan ni huhu.


: : Saya order air kelapa : :

Ini yang kami order.
Kari kepala ikan, ayam goreng berempah, sotong goreng tepung, sayur, papadom.
Papadom tu memula ingatkan free rupanya kena bayar da.
Sambal belacan tu ha free hehe.
Kari kepala ikan tu saiz Medium.
Actually staff depa akan bagi tengok berapa orang yang kita datang.
Kalau ramai, size Large la dia bagi kot.

Kari kepala ikan tu bukan setakat kepala ikan saja, tapi ada tauhu, sayur bendi pun dalam tu.
Kira kalau siapa yang tak berapa makan kepala ikan, boleh je kaut-kaut bahan lain dalam kuah kari itu.

: : Macehh korang teman I makan kat sini : :


: : Diorang bagi saya makan tulang-tulang kepala ikan termasuklah bijik mata dan otak. Dap dap dapnyeeee : :


: : Jumlah keseluruhan : :

OK la not bad jugak harganya kan.
Tu pun actually macam ada berlebih jugak.
Saya bungkus sotong goreng tepung bawak balik.
Kalau nak bungkus kuah dengan tauhu bendi tu pun boleh jugak tapi semua malas dah.

Nanti boleh repeat lagi lah tunggu geng Kita-Kita Aje ramai-ramai.
Tapi tu la nak tunggu semua ada bukan senang kan hmmm..


: : Petang tu ada program Petang Budaya kat Auditorium : :


: : Encik Z menang hadiah saguhati Pertandingan Teka SilangKata. Amboiiii : :

Artis jemputan petang tu Najwa Latif.
Aaaaaa suka la dengar suara dia, comel comel merdu lemak suaranya.
Dia nyanyi 4 lagu hari tu.
Siap rap ha berduet dengan staf.

Kau melihat diriku
Seperti sesuatu
Yang mencabar dirimu
Akal dan mindamu

Kau mendustaiku
Kau bilang mereka tak tahu
Siapa diriku
Sedangkan kau juga begitu

Segala kata cacian
Yang telah engkau berikan
Membuatku rasa kosong, kosong

Setiap tutur diperhatikan
Kau cari cara putar belitkan
Kau jadikan diriku
Kosong, kosong

Kini aku bangkit
Membuktikan yang ku tak sakit
Dengan segala perit yang kau berikan

Kini aku pantas berjalan
Bergerak ke hadapan
Dan akan ku buktikan
Siapa diriku yang sebenar……

Masuk TV @ Forum Perdana Ehwal Islam

Mid September dapat email dari management tanya siapa nak attend Forum Perdana Ehwal Islam yang akan diadakan kat Sasana Kijang.
Saya tidaklah respond sebabnya satu department cuma boleh hantar sorang wakil je.

Tapi di hari kejadian Syikin tanya nak attend tak, agaknya sebab tak ramai orang kot.
Department dia antara yang handle program ni.
Tanya Encik Z, dia kata OK, so ke sanalah kami malam itu.
In fact, tak balik rumah pun. Petang tu terus ke Sasana je.

Ada 2 sesi sebenarnya.
Sekali yang siaran langsung, sekali lagi siaran tertunda aka rakaman.

Untuk siaran langsung panel nya ialah Dato Ustaz Kazim Alias & Ustaz Shamsul Riza Karia.
Yang rakaman pulak Dato Dr Mohd Izhar Aliff & Hajah Rohani Datuk Mohd Shahir.

Macam biasalah ada cameraman sana sini kan.
So kebarangkalian nak masuk tv tu ada lah sipi-sipinya.
Tapi idoklah saya menyangka akan ada cameraman nak berdiri depan muka saya merakamnya ha.

Memula masa adik cameraman ni jalan naik tangga arah saya, pastu berdiri tepi/depan saya, saya dah terdetik dah.
Kena jugak aku sat gi ni.
Dan yer tekaan saya benar.

Dah la live. Lama pulak tu dia diri depan saya dok merakam dari atas sampai ke bawah.
Tak memasal glamer siap masuk nombor IC, nombor staff dengan nama penuh ha.
Saya tu pura-pura je pandang depan tu tapi sebenarnya tak nampak apa sebab memang dia dengan kamera dia tu block keseluruhan pandangan saya ke arah stage.
Tak tau nak buat muka macam mana oiii.
Kang saya kenyit mata kang tak pasal viral macam budak perempuan hari tu kang hehe.

Ni gambar-gambar yang kawan-kawan saya sempat snap dari TV.
Yang bawah ni Azman yang bagi kat grup whatsapp Kita-Kita Aje.
Apa lagi, kena bahan je la dengan semua.

: : Merasalah tudung dUCk I masuk tv hiks : :

Biadab sangat kan depa kata cameraman sepupu saya lah, sepupu Encik Z lah.
Tu Faizal tu kata macam budak Sentul pulak.
Taktau Encik Z ada black belt lah. Pfftt…

Diteruskan dengan siaran tertunda.
Masa ni ada jugak ternampak sipi-sipi kamera tala ke saya tapi tidaklah depan muka macam adik cameraman yang live tadi tu.
Rasanya sesi yang ni lagi best kot compare yang first tadi tu.
Bukanlah saya kata yang first tu tak best.
Best je tau. Cuma yang second ni lagi best gitu.


: : Tudia Cik Kin kita tersenyum nampak : :


: : Komen Nadia & Ita pulak : :

Ni pulak dari grup #KitaKawanLahTPEC.
Kemain Atie puji kata I senyum ayu yer..

: : Erin tag saya kat instagram : :

Kak Mimah pulak hantar messenger.
Sempat pulak tu snap masa saya di kejauhan.


: : Sare whatsapp : :


: : Nadia pun whatsapp : :

Ni pulak dari group My Girlfriends.
Kak Shida snap gambarnya.



: : Kak Zuid, ex RSA pun teringat kat saya ha : :


: : Boss ai Kak Zila pun whatsapp jugek. Pengsan : :


: : Inilah dia adik photographer itu. Siapa kerja RTM tolong kirim salam sikit : :


: : Throwback sikit masuk TV Astro Awani 5 tahun lepas. Mungkinkah lagi 5 tahun saya akan masuk TV lagi? : :

Eh yang sebenarnya masuk TV ke keluar TV ek?