Faradi Turns 35 dan Abang Abu Yang #$^&*(&!%

19 April hari tu birthday Faradi. Hashtag Faradi turns 35. Kebetulan pulak date tu kitorang satu department ada dekat Sasana Kijang, attend In House Learning.
Saya saja lah surprisekan ia tempah belon dengan 1 slice kek Secret Recipe. Tengah-tengah program tu dapat call kata budak delivery dah sampai, lalu saya pun turunlah ambiknya. Saya order dari @_planit4u .


: : Puas cari box hadiah yang biasa-biasa tapi tak jumpa. Terpaksala beli box Mickey Minnie Mouse ni. OK la tu kan Fara, boleh simpan barang-barang baby kau nanti : :


: : Hadiah berupa Sofia kaftan dari @byfatinsuhana . Saya ada 2 helai kaftan ni. Oleh sebab saya suka, jadi marilah berkongsi kesukaan dengan orang lain jua 🙂 : :

Happy Birthday Faradi! Semoga panjang umur, dilimpahkan rezeki, dipermudahkan segala urusan dan semoga yang baik-baik mengiringi hidup kau. Eh paling penting, semoga selamat melahirkan ya? Sayang kau. Muahcikeds..

In House Learning kitorang ni penceramahnya ialah Abu Ayub Ul Ansari atau dikenali sebagai Abang Abu Mekanik Wang. Saya tak kenal dan tak pernah dengar nama ia.  Oh mai… I is kenot dengan dia. Sorry to say ya.. saya gelarkan orang-orang macam ni menggunakan teknik dan taktik ‘modal air liur’.
So called ‘Ilmu Kewangan’ katanya. Suruh kutip duit syiling dalam kereta, suruh mintak diskaun beli food kat McDonalds. Cik Abu oii, benda makan tak elok mintak diskaun la. Takkan tu pun taktau?

Awal-awal lagi saya sebenarnya dah keliru dengan Abang Abu ni (geli nak panggil Abang Abu. Abu sudah). Kau sebenarnya nak cakap apa? Apa sebenarnya yang kau cuba nak sampaikan. Takde fokus topik yang nak disharekan. Macam mana nak jadi kaya? Masalahnya kau kaya ke pun? Rumah berapa bijik? Berapa juta? Kereta pakai kereta apa? Duit dalam bank juta-juta ringgit ke cemana?

Kejap nak cakap pasal kaya, kejap nak cakap pasal agama. Katanya dia rasa kaya bila dia nak mati nanti dia boleh syahadah. Dan dia tak rasa diri dia kaya selagi ada orang hidup mengemis merempat tepi jalan. Derrr??

Setakat nak cakap hidup kena sentiasa senyum, kena set kan niat, kena ada tenaga, sentiasa bersyukur dan ikhlaskan diri, hello… I pun boleh cakap camtu kat orang. Tapi sebab I ni bukan shiapa-shiapa, sapa yang nak dengar kan? Tapi diri sendiri dan semua orang pun tau la kena senyum, kena bersyukur, kena ikhlas tu. Takyah orang nak bagitau. Lain lah kalau kau ada kelulusan dalam bidang Psikologi ke, Komunikasi, kau ustaz ke.

Dia kata dia nak jadi kaya sebab dia nak bersedekah. Kenapa? Orang miskin tak boleh bersedekah ke? Ada banyak kita bagi la banyak, ada sikit kita bagi sikit. Allah SWT tak terima ke kalau kita sedekah sikit? Siap ada joget orang kaya orang miskin. Hina ke kalau jadi miskin ek? Kalau kaya pun tapi perangai mengarut nak buat hapa?

Eh cadangnya nak tulis sikit je, tertulis panjang pulak. Korang google je la Abang Abu Mekanik Wang. Cer cari video tarian orang kaya orang miskin tu. Tak paham kenapa orang dok gelak berdekah-dekah. I don’t find it funny at all.

Lepas tu dia ada bagi macam poster kewangan keluar masuk gitu lah. Banyak typo! Sebelum sibuk nak jadi kaya, kau betulkan dulu la kau punya typo tu. Nampak sangat direct translate dari artikel Bahasa Inggeris. Berlambak kat internet. Sekali lagi yes, ini semua modal air liur.

Restoran Fast Food = Restoran Makanan Segera
Klub Membership = Kelab Keahlian
Road Tax = Cukai Jalan
Alowan = Elaun . Dah kenapa alowan jadinya oiii?


: : Rakan setable. Liyana, Mya, Faradi, Hakim, Khairul, Yus & Zura : :

Saya siap bagi warning kat diorang, siapa gelak dengan lawak bodoh si Abu tu sila pindah meja. Lulz. Takde satu pun lawak (kalau boleh dipanggil lawak) si Abu tu saya ketawa. Sebab lawak dia ialah lawak bodoh dan lawak memalu dan menjatuhkan air muka orang.  Saya argue pasal dia cerita mintak diskaun kat McDonalds tu, sebab saya kata biasanya orang kedekut je yang selalu mintak diskaun ni. Dia kata “Kalau u nak mintak diskaun tu membuatkan u rasa u kedekut, tak payahlah mintak. As simple as that”
Pulak dah?????

Saya memang sejenis yang susah terhibur dan susah untuk orang buat saya ketawa. Try me.