#NormayaGolden40th : Hi Tea @ Avi Lounge with Yaya & Lepak Tepi Pantai

Oleh sebab I stay sini 2 hari, so dapatlah 2 kali pergi hi tea kat Avi Lounge tu. Kali kedua ni I pergi dengan Yaya pulak, berdua. Kitorang sampai dalam 6.05petang camtu, sekali tengok, dah banyak dah kasut/selipar kat luar. Lagi la takde harapan nak bergambar kat tengah bulatan tu.

: :  Duduk kat tempat yang sama semalam, dah situ je kosong : :


: : Korang rasa nak nangis ke tidak? Lagi teruk dari semalam : :


: : Pasrah je laaa : :


Tak lama sangat pun kitorang lepak. Bergambar lebih kurang, makan dan minum, lepas tu terus gerak pergi pantai kat belah depan hotel. Sebab dah janji dengan Encik Z nak tengok sunset dari situ. Pantai tu boleh tahan panjang jugak, depa dua beranak jalan ke depan. I duduk je tepi pantai menghayati keindahan alam.

: : Ada perigi kecil kat depan ni. So tradisional : :


: : Sebelum balik bilik, urut kaki jap. Sakit gila, bercinta nak sampai hujung. Ada saya rakam video, macam biasalah, instastory di Instagram sana : :

Malam tu tak keluar dinner atau order food sebab semua macam kenyang. So kami lepak je sembang-sembang anak beranak. Selamat malam Avillion…