Mengaburi mata masyarakat

Sekarang ni macam-macam apps ada kan.
Instaweather la, instaplace la, camera 360.
La ni yang terbaru dah perfect 365 plak.
Saya ni jarang ambik gambar sendiri, so memang jarang la kot nak guna 360 dengan 365 ni.
Tapi install gak la dalam ipad ni ha.
Tengok ramai kawan-kawan post gambar guna 365 kat facebook, lalu saya pun godek-godek lah mau try test tengok.
Try kat gambar yaya dulu.
Amboi kemainnn hah comeyy nya.
Ni kalau saya tunjuk kat dia ni mesti dia terperanjat ni.
Encik Z dah plan nak usik dia ‘Ya guna mekap mommy yer’
Mesti cuak dia nanti hehe..
20130424-110652.jpg
Ehemmm try kat muka saya pulak.
Nampak fake sebab lipstick tu kot.
Boleh la berangan mekap tebal kan sebab saya sekarang memang dah tak mekap dah pun.
Percaya atau tidak saya dah tak pakai lipstick lebih dari 6 bulan.
Lipstick pun tak pakai apa lagi eyeshadow blusher bagai ni.
Kenapa eh? Hmm.. Ntahlah.
Macam tiba-tiba je rasa takmo pakai mekap dah.
Jimat pun jimat 😉
20130424-110839.jpg
Tapi yang tak bestnya 365 ni kan saya perhatikan ada company company yang jual produk kecantikan gunakan gambar gambar customer yang diedit guna 365 ni.
Serius babe…
Fake gila kot. Baru guna produk seminggu dah kemain flawless.
Dengan fake eyelashes.
Pipi kemerah merahan.
Like seriously… Obvious sangat gambar tu diedit.
Pastu tengok bersusun orang komen nak beli produk tu.
Tak patut la kalau nak laku kan produk dengan cara mentipu ceni.
Tsk….
– Sent from MyIpad