Nasi Beriani Insaf

hari tu kan.. aku teringin sangat nak makan nasi beriani insaf.
so gigihlah pergi hari jumaat lunch time.
rerupanya hari jumaat, ditutup uolls. sempena solat jumaat *insapp

so repeat hari lain. rasa-rasa ini cam baru 2 kali kot aku makan kat sini. kesian kan? takde la kesian kot.
pasti ada orang yang tak pernah langsung makan di sini ye tak?

makanan lain takde yer kat sini.
semua pun nasi beriani. cuma kau boleh pilih la nak lauk apa gitu.
aku amik ayam goreng.
payiet amik kambing. katanya masin.
semua ini dimakan bersama acar dan kuah dhal.
tak boleh pergi, lalu aku mintak kari.

Clip000

Clip001

Clip003

tapi jus mangga mereka adalah yang terbaik.
sedap lazat diminum hingga titisan akhir gitu.

Clip002

owh, payiet bagitau aku satu cerita.
katanya ada orang sudah bercerita sama dia.
orang itu sudah dengar ada orang gossip.
matikk la ayat caca marba. janji korang paham sudeh.

‘si maya tu nak nikah dengan payiet ke dengan encik z?’

kannn…
ditegaskan sekali lagi di sini yer anak-anak…
mak akan menikah dengan encik z. bukan payiet.
tak perlewww ler nak speku-speku lagi. not good… ok?

Sabtu Yang Sayu

sabtu pagi cadangnya nak ke kubur arwah abah kat segambut sinun.
tapi dari pagi, udahnya kul 11.30 pagi gitu baru la gerak.
agak lama jugak aku tak ke sini. haihhh….

Clip013

Clip014

semoga beliau tenang di SANA…

dari tanah perkuburan, kami ke taman sri segambut.
mama nak ke rumah kawan lamanya. kawan lama masa masing-masing masih membujang.
agak-agak kita esok, boleh ke mempertahankan persahabatan hingga ke penghujung usia begini ek?

kami dijamu dengan rempeyek dan kek coklat yang sungguh lazat.
tak cukup dengan itu, kami ditahan jugak untuk makan nasik.
sup daging, ikan masin dan pucuk ubi yang wallahhhh…

Clip015

bagi can mama berborak dengan kawan dia.
manakala aku dengan encik z borak dengan pakcik mat, husbandnya.
keluar semua sejarah tentang singapore dan keretapi. cool jugak kan borak-borak dengan orang tua..
mereka kan banyak pengalaman…

Clip016

Clip017

: : amboi amboi… sesuka je panjat kerusi kan? dah turun! : :

dari sini, terus ke kl sentral. nak jemput adil. tapi flightnya delay lah pula.
so kul 5petang camtu baru sampai kat kl sentral.

Clip018

balik ke jasmine, badan aku adalah meletih terlampau. plus kerana period juga barangkali.
pukul 8 malam aku terus terlelap sampai keesokan harinya.
perghh.. dah lama tak dapat tidur yang begitu lama!

tapi hatiku masih lagi sayu! oh…..