Kari Kepala Ikan with MyGirlfriends

Makan-makan di waktu tengah hari bersama My Girlfriends!
Macam biasa susahnya lahai nak dapat date semorang. Ni pun Kak Ejan takde ha. Tempat makan macam biasa, Normaya lah kena fikir. Memang dah suggest ajak makan Kari Kepala Ikan kat E & O ni.

Order pun macam biasa lah, Normaya take charge dengan persetujuan bersama.
Papadom, sambal belacan, sotong goreng tepung, sambal kosong dengan petai, acar, sayur kobis dan kari kepala ikan.
Sambal tu sedapnya walaupun kosong je ha. Sayur kobis lupa nak snap gambar.

Pertama kali makan kat sini tahun lepas. Boleh baca kat ENTRY NI.
Kalau nak makan kari kepala ikan ni kena ramai-ramai baru best. Tapi nanti later-later nak ajak satu family jugak lah datang sini makan.

Semua pun suka food kat sini. Pheww lega. Dulu saya jugak yang kenalkan diorang dengan Healthy Food kat Simple Life Vegetarian. Lepas tu Dolly Dim Sum.
Ni perancangannya next nak makan kat Matcha & Co pulak. Yum!