Selamat Tinggal Sayangku. Aku Terpaksa Pergi Dahulu

hari yang sama myavi saya keluar dari workshop, hari tu jugak saya pergi used car.
tanya berapa diorang nak ambil kalau saya nak tolak myavi ni.
pergi 3 kedai je pun.
kedai pertama nak ambil RMXX,XXX.
kedai kedua langsung taknak ambil. derrr???
kedia ketiga ambil RMXX.XXX. lebih sikit dari kedai pertama.
saya pun malas nak fikir banyak, so let go terus.
begitu begini urusan.
ambil statement loan balance apa semua, lalu pada 16 oktober 2012, merupakan hari terakhir saya dengan myavi.
tipu lah kalau kata tak sedih.
5 tahun setengah saya own myavi ni.
beli dengan duit hasil titik peluh sendiri.
banyak berjasa myavi ni.
selatan paling jauh pergi melaka.
utara paling jauh pergi hatyai thailand.
pastu berulang alik saya seorang diri dengan myavi ni kl-taiping-kl masa saya berstatus ibu tunggal dahulu.
tapi itulah dia, tak semua benda yang kita sayang kita boleh miliki.
kalau boleh miliki pun mungkin sementara cuma.
saya seorang yang realistik dan praktikal orangnya.
maka dengan itu, saya melepaskan myavi ini dengan berlapang dada.
dengan keyakinan beliau akan memiliki tuan baru yang insyaAllah lebih baik dari saya 🙂
kepada pemilik baru myvi WQA 3086, jaga ia baik-baik yer 🙂

Silalah Bersyukur Normaya

6 minggu lamanya myavi saya terdampar di workshop.
nasib baiklah adil sudi pinjamkan persona beliau.
kalau tak, tak tau lah macam mana saya dengan encik z nak bergerak.
ada yang tanya, proton saga sampan encik z mana?
oh saga sampan tu encik z dah jual. 😀
last 2 weeks saya pun pergi la sendiri kat workshop tu sebab nak kena sign beberapa papers.
workshop tu bertajuk joo auto works sdn bhd, nun di segambut.
masa memula sampai tu terperanjat sikit la sebab office nya terbakar.
lalu saya pun berfikir, jadi di manakah officenya?
inilah officenya. kabin. eh ke kontena?
tapi gitulah.
dalam tu ada 6 workstation, 6 orang pekerja.
terus saya cam insaf lah.
dan bersyukur.
kadang-kadang tu sikit sikit saya nak komplen.
walhal dah kerja tempat besar ni.
kemudahan pun banyak.
tapi bila ada sikit sikit yang tak kena, komplennn je kan.
sedangkan ada orang lain yang lagi kerja dalam bersederhana.
lepas 6 bulan tak jumpa myavi, bila jumpa rasa macam malu dan rindu.
macam jumpa boyfriend kekdahnya.
saya rasa myavi ni macam manusia sudahnya.
cam boleh nampak dia gembira bila tengok saya datang.
*ok saya berhalusinasi

: : sayang iaaa : :
ok saya nak cerita sikit pasal kes myavi ni accident.
sebelum tu memang saya ada niat nak jual myavi ni.
kenapa nak jual? kenapa? tak boleh ke?
matikla soalan dijawab soalan.
ada je la borak borak dengan encik z dalam myavi.
sebab takde la haihh nak percaya orang dok cakap, jangan disebut-sebut depan dia kalau nak jual.
nanti dia merajuk.
tup tup accident lah pula.
ntah. nak percaya sangat pun tak molek kan.
dah benda nak jadi.
walaupun benda tu yang paling kita sayang, tapi kalau bukan ditakdirkan untuk jadi milik kita selamanya, tetaplah bukan.
hari yang sama jugak saya ambil myavi tu, saya pergi tanya kat used car. yup, i’m selling my myavi. my lovely myavi.
nanti saya cerita kat entry lain k.
saya bersyukur kerana diberi peluang untuk menjadi pemilik myavi WQA**** ini selama 5 tahun 5 bulan lamanya….