Welcome Myapus puss pusss…

ingat lagi tak entry yang aku kata aku redeem points aku kat sengheng tu?
ingat tak ingat ingat ingat?
takpe, tak ingat pun takpe. seperti biasa, tak penting pun.

satu benda yang aku redeem ialah electrolux vacuum.
kemudian lagi satu adalah jeng jeng jeng.
kamera olympus FE 4050 ini..
kan kamera nikon coolpix aku hari tu dah inalillah…
pastu tengah dok berkira nak beli sony pink tu.

tetiba tengok dalam redeem points tu boleh amik kamera ini.
jadi aku amik je la.
tapi jangan ko ingat dapat free dengan points itu saja.
kena bayar jugak. kena bayar RM333.
harga asal kamera nie tak silap aku dalam RM549.
sokayyy laa…

gambar pertama yang disnap di tempat kejadian.
muka aku dah macam hantu kak limah.

hari tu aku redeem 31/12/2010.
mengikut kata orang seng heng tu, boleh dapat dalam masa sebulan.
makanya 31/1/11 aku call kan tanya pasal kamera.
genap sebulan hapa.
boleh katanya takde stok. apakaaa????
apa laga, terus amukan puaka aku.
dengar suara mamat tu dah menggelabah.
harus la kan, kata customer always rite.

tapi buat habis air liur basi aku jer.
tatappp tak dapat. katanya 7feb baru ada.
sadisssssss…
seng heng, next time sila jangan mempermainkan hati customer iyer.

dah dapat kamera tu, terus menjakun.
macam kan tak pernah pakai kamera sebelum nie.
lain kamera kan lain peelnya. jadi harus godek di sana sini.

ini kat restoran sri pattani rampai business park.

order lemon honey yang wallaaaaa…
first time minum nih. sedap tauu..

pastu makan keropok cicah sos.
pun layan jugak..

satay daging 15 cucuk.
aku makan 6 cucuk saja. he he nak jugak bagitau.
satay nya sedap tapi takde sambal gak.
napa eh taknak buat sambal. hu hu hu…
bawang ngan timun pun sikit.

kenapa Myapus?
aterrr aku nie kan semua benda aku semua nak bagi nama.
kereta myvi jadi MYAVI. netbook lenovo jadi MYAVO.
makanya kamera olympus nie jadi MYAPUS la.. bleyy??

eh aku ada soalan untuk korang yang guna kamera olympus.
memang tak boleh nak setkan TIME ek kat gambar yang kita snap.
cam gambar atas semua tu kan. ada DATE jer.
TIME takdok. kalau aku nak letak TIME gimana?
ke memang kamera olympus nie memang takleh?

cer citer..