Muar, Johor : JJCM

Muar kan terkenal dengan Mee Rebus nya kan.
So wajib lah kita cuba mee rebus di Muar ini.
Saya memang dah google dah mana mee rebus yang famous.
Iaitu Mee Bandung Abu Bakar Hanipah.

Susah nak dapat parking kat sini tapi alhamdulillah kebetulan ada satu kereta nak keluar.
Maka dapatlah kami park bebetul depan kedai.

Terus je lah order.
Mee Rebus 2. Soto 1. Satay 1.

Masa tu owner kedai pun memang tengah duduk kat kerusi sebelah table kitorang tu.
Lalu menyembang la gitu gini.
Kitorang nak bergambar dia tanya boleh ke Pakcik nak bergambar sekali?
Marilah Pakcik.
Tengok muka Pakcik ni sama dekat keratan akhbar yang ditampal di dinding.
Jadi kami saspek dia lah yang bernama Abu Bakar Hanipah.


: : Beli perencah Mee Bandung ni konon nak buat, yang adoooooo : :

Predict?
Hmmm cemana nak cakap yer.
Kami 3 beranak ni bukan pencinta mee bandung.
Jadi susah nak bagi pendapat sebab jarang makan.

Tapi ikut tekak dan pemakanan masa tu, rasanya tak kena di tekak kami kot.
Saya tak kata tak sedap ke apa la ek.
Cuma tak kena dengan tekak kami je.
Yaya memang tolak langsung. Suruh rasa sesudu pun ia menggeleng.
Encik Z pulak kata bau udang tu kuat sangat. Tak lalu.
Saya je la makan, tapi tak sampai separuh pun.
So ya.. tepuk dada tanya selera lah ya.

Lepas tu pergi ke Kedai Kopi 434.
Ni pun saya saya baca katanya kedai kopi terkenal kat Muar ni.
Macam-macam jenis  kopi ada. Pening nak pilih.


Ada cerita kelakar kat sini.
Yaya tu, dia tak sedar yang atas kerusi tu ada dulang.
Dia sudah duduk atas dulang tu.
Lepas tu dia rasa macam kenapa kerusi ni goyang-goyang.
Dia bangun nak betulkan kedudukan, setiba-tiba dulang tu jatuh ke lantai bergoleng-goleng.
Kitorang cam tanjat la apa hal nya.
Lepas tu Encik Z punya la gelak berdekah-dekah.

Elok ada sorang waitress lalu, dia kutip la dulang tu.
Pastu dia tahan senyum.
Adoiyaii apa aje la anak aku tu.
Duduk atas dulang pun tak sedar ke????

OK la boleh tahan sedap 2 jenis kopi yang kitorang order tu.
Kalau  kata mai Muar lagi, boleh lah direpeat cuba kopi lain pula.

Sebelum gerak balik KL, kami seberang jambatan ni pergi ke belah sana.
Takde apa sangat la. Dalam 10 minit camtu dah patah balik.


: : Hangat lit-lit. Meredah lebuhraya menuju ke Kuala Lumpur : :

Terima kasih Muar!
Ada rezeki kita jumpa lagi ya.
Saya belum cuba asam pedas dan ikan bakar awak lagi 😀

Muar, Johor : Muar Traders Hotel

Saya memang dah plan nak tidur kat Muar ni 1 malam sebab nak JJCM kononnya.
Google cari hotel, nampak Muar Traders Hotel ni je yang macam semenggah dan dekat dengan town.
So booking la. Harga tak ingat. Sorry……
Sebab booking via phone dan bayar pun guna cash.
Resit dah campak mana tah.

Ambil satu bilik dan tambah extra bed.
Bilik ok la, luas dan selesa.
Actually hotel ni dalam satu bangunan.
Ada campur dengan company lain dan ada a few tingkat yang hotel punya.

Hotel ni takde siaran Astro.
Dan wifi pulak semput-semput.
Dah la malam tu final Gegarvaganza.
Tersiput siput la kitorang nonton ha.

Habis Gegarvaganza nak taknak kena keluar gak sebab masing-masing lapar.
Takkan nak kerah Encik Z pegi menapau pulak kan.
Kesian dia nak pusing-pusing cari kedai makan pulak.
Dah la tempat orang. Kita tired, dia pun tired jugak ye dok?
So keluar lah kita.
Dah pukul 12 tengah malam pun masa ni.
Nasib ada gak kedai makan yang bukak.

Keesokan paginya, konon macam saya nak ajak la Encik Z try local food kat Muar ni.
Tapi Encik Z kata kan hotel ada provide breakfast.
Jangan membazir Normaya.
Baiklah bang. Kita makan kat hotel je la ye.
Food ok la. Tak banyak sangat choice. Takpe, janji ada rasa.


: : Dah siang baru nampak view luar : :

Kena pergi Tingkat 6 untuk settle kan payment.
Lobinya memang kat tingkat 6.
Adik-adik reception ramah tamah semua.
Good job dik.

Dah nampak mercu tanda Muar ni dari malam tadi lagi.
Memang dah bagitau Encik Z, kena jugak-jugak bergambar kat sini.
Masalahnya takde proper parking sebab ia macam tengah-tengah dunia gitu.
Tapi knowing my husband yang very the baik hati and will try sedaya upaya memenuhi kehendak isterinya ini, ia cari jalan jugak la cemana cemananya nak bergambar kat sini.
Maceh bang. U memang baik.

Masa ni memang panas terik nau nau.
Lepas tu perut saya pulak rasa memulas mulas nak cari toilet.
Cecepat la snap gambar ni semua, lepas tu kerah Encik Z cari toilet pula.

“Ayah, nasib baik Mommy nak terberak kan Ayah?
Kalau tak mesti macam-macam gaya Mommy nak posing kat sini”

“Tau takpe. Terselamat kita kali ni”

Sampai hati nak kau menghanjeng Mommy sendiri.
Sob sob sob……