2012

ni berjangguit punya cerita nih.
ada la dalamĀ 3 minggu lepas kot.
kan semua orang penasaran pi nonton ini filem 2012.
harus aku pun menggelupur mau pergi tonton jugak.
sampai tarik-tarik rambut encik z.
lalu beliau pun menyampah dan membawa aku pergi menonton ini filem.

banyak kali ok percubaan kami untuk membeli tiket adalah menggagal.
aterrr, penuh sesadooo…
lalu mencuba ke theĀ gardens sana.
dapat la gak walaupun seat paling depan sekalik.
tapi menurut adik penjaga tiket itu, katanya tak berapa mendongak.
sebab cam ada space di depan. begitu.
sib baik ko bercakap benar dik.
kalau ko propa akak, harus akak awaskan ko. heh.

lalu kami pun menonton.
filem adalah best. dan ada memberi 1001 kesedaran dan keinsafan jugak. nie kira macam hari kiamat la kan?
cuma mat salleh tengok dari segi saintifik dan sains segala.
kerak bumi nak meletup la, apa lah.

lalu para saintis yang hebat telah membina bahtera.
kira bahtera ni sangat haibatt boleh menangkis segala angin ribut puting beliung.
tapi jangan ko ingat sesenang ko boleh naik ini bahtera.
ko kena bayar. errrr… berapa aku tak ingat la.
tapi orang kaya raya saja la yang mampu.
takat kerja kerani macam payiet tu, takyah mimpi la.
motipp nama
payiet disebut? heh.

maksudnya takat kita yang miskin kedaung nie jangan berangan la nak naik itu bahtera.
pasrah je la tenggelam timbul dalam air laut.

………Amalan dan takwa jadi bekalan
Sejahtera bahagia pulang…ke sana…..

(background lagu Rabbani)

watak utama dalam ini filem, di fokuskan kepada satu keluarga.
iaitu keluarga michael. yang berantakan.
tapi kemudian kerana peristiwa 2012 ini, mereka bersatu kembali.
mat salleh kan selalu buat filem cenggini.
ada moral of the story gitu.
cam kita orang islam nie, percaya setiap yang berlaku ada hikmahnya. begitu.

takut kan bila difikir pasal kematian dan kiamat ni..
bila la aku nak insaf. sob sob…

MJ – This IS It

DSCN0065

kami berlima pergi menonton ini cerita michael jackson.
aku pun taktau nak bagi nama filem ke, drama ke, dokumentari ke, rencana ke.
aku keliru.
memula tu netty yang propose mau tonton ini cerita.
aku nie ON sesadoo. walaupun tak tau hujung pangkal benda alah nie kan.

pada sesiapa yang pun keliru seperti aku, ini cerita aku rasa lebih kepada persediaan MJ nak buat konsert terakhir beliau itu.
ada la temuramah dengan penari, pengarah pentas dan orang-orang yang terbabit dengan ini konsert.
pasti ramai yang kecewa dah hati berdarah kerana tidak dapat beraksi di hari konsert sebenar.

eh.. nak cerita sikit, kitorang masuk agak terlambat dalam itu panggung. tapi terlambat pun idok ler sampai cerita dah start.
dah la tiket full house, kami berlima terpisah seat.
3 di atas, 2 di bawah.
so agak kaget mencari seat.

dalam dok berbisik-bisik mencari seat, tak semena-mena tetiba ada suara berbunyi ‘SYYYYYHHHH…. SYHHHHHHH….’
hek elehhhh…. lu per hal minah?
pastu bukan sekali lak dia bersuara. 3 kali begitu.

kemudian netty menjerit ‘the movie hasn’t started yet LAH!’
terus terdiam ko. aku pun apa lagi kasik panas..
aku jerit ‘KECOHHH’
kann.. tetiba feel feel panglimawati.

selain dari persediaan konsert, ada jugak diselitkan the making of video klip dan video klip ini MJ.
video klip semua superbbb dan terbaik.

kurus je ek MJ ni kan? paling tak boleh bla ialah suara dia.
suara kepit jer aku rasa. halus dan lemah lembut. heee…
lepas tu dressing dia. very the carca marba.
tapi takde pun orang kisah kan? semua pun suka sahaja.

dan. aku rasa yang datang tonton nie kan, semua pun peminat kipas susah mati beliau ar.
tiap kali habis menari or video klip semua pun tepuk tangan dengan gemuruh.
di akhir cerita, ada yang siap berdiri tepuk tangan bersungguh-sungguh. heh!

aku dengar kata tayangan MJ – this is it ni cuma 2 minggu.
betul ke ek?
kalau betul, sesiapa yang dah pasang niat nak tonton tu, baiklah cepat yer.
kalau tak, menyesal nanti… :p