The Maze Runner Death Cure & dUCk

Bila tengok je trailer The Maze Runner Death Cure ni terus cam aaaaaaaaa tak sabaunya nak pergi nonton.
Mau taknya, last dulu The Maze Runner The Scorch Trials, tahun 2015.
Tak ke hampir 3 tahun menunggunya ha.
Yang The Maze Runner first tu pulak tahun 2014.
So cakap dengan Encik Z, wajib pergi nonton.
Dah la Min Ho kena tangkap dengan Wicked masa yang last dulu tu.
Uuuu saspen nak tau cemana ke Thomas dan kawan-kawannya nak selamatkan Min Ho.

Kami nonton kat Pavilion. Cadangnya nak breakfast dulu.
Tapi pagi tu boleh pulak takde air.
Saya tengah mandi tengah shampoo tiba-tiba air shower tu stop.
Terus terpekik la dibuatnya. Encik Z ambik air Coway tu berulang 3,4 kali jirus kat kepala saya.
Badan bersabun main lap-lap gitu je lah.
Encik Z dengan Yasmin pergi mandi kat toilet kat swimming pool sana.
Sampai kat Pavilion dalam 11.45 camtu. Beli la hotdog makan dalam panggung.

Best sangat The Maze Runner Death Cure ni.
Walaupun watak Min Ho tak berapa nak keluar sangat, sebab dia kan dalam tahanan Wicked.
Tapi still best berdebau tahap hawau gitulah.
Endingnya sedih sob sob sob sebab Newt mati sebab kena virus gila tu.
Saya suka je Theresa mati. Itulah harga yang perlu dibayar kerana menjadi pengkhianat. Heh.

Sayangnya Thomas pada kawan-kawan dia kan.
Sanggup meredah bahaya sorang-sorang nak pergi selamatkan Min Ho.
Masa jumpa balik dalam building tu masing-masing macam tergamam pastu peluk sekejap dan kemudian terjun dari tingkat tinggi tu rasa macam fuh.
Kita ni gamaknya setakat mana boleh berkorban untuk kawan-kawan kita?
Tepuk dada tanyalah selera, Normaya.

Setel movie, pergi dUCk store sebab Yaya teringin nak pergi ha.
Tudung baru dUCk, Meringue ni kan, fabriknya sama macam tudung Naelofar yang Sweet Helena tu. Sebijik sama.
Saya suka lagi yang Naelofar sebab awning muncung tu boleh buat macam pakai tudung bawal.
Harga pun half dari dUCk ni.

Lepas tu masuk dUCk Cosmetics pulak.
Habis semua produk Yaya cuba.

: : Sebelum pergi dUCk tu, pergi FashionValet dulu collect barang dUCk yang saya beli online. Saja je beli online sebab nak collect points. Saya beli Mirror dengan Passport Holder. Suka lah! : :


: : Dekorasi CNY kat Pavilion. Cantik! : :

Oh yer, taktaulah The Maze Runner ni adalah movie yang terakhir atau tak.
Sebab kalau ikutkan novel, ada satu lagi bahagian iaitu Kill Order. Kan?

Jumanji

Ajak Caca stay 2 malam kat rumah saya teman Yaya.
Saya cuti half day petang minggu tu so bawak diorang keluar jalan-jalan kat SPM.
Memula pergi makan Sushi pastu gi nonton Jumanji.


: : First time order dan makan donut marshmallow durian ni. Sedap : :


: : Beli baju kat Trio pastu cuci mata kat Kaison : :

Patutnya Yaya tu dah harga dewasa sebab dah above 12 kan, tapi staff tu bagi harga kanak-kanak jugak.
Walhal saya dah sebut kot umur 13 tahun.
Dah 2 kali dah untung badan camni.

Filem Jumanji ni adalah best dan kelakar.
Walaupun tak banyak aksi binatang haiwan macam Jumanji yang dulu tu, tapi watak-watak tu semua menghiburkan.
Saya yang sejenis susah nak gelak ni pun tergelak-gelak je menengoknya.
Sila lah nonton ya.