Taman Awam Miri

seterusnya ke taman awam miri.
agak frust tau sebab hujan sudah membasahi bumi secara hebatnya masa ni.
termenung jugak la kami laki bini dalam kereta.
tapi pastu terpaksa turun jugak sebab encik z mau memerut.
taman awam ni kira macam tempat beriadah orang miri la.
ada playground dan ada tempat mandi juga.

dan ada jambatan gantung u.
gigih ok aku pergi jugak jugak walaupun hujan.
nampak kan kayu jambatan tu basah. hah bayangkan lebat tak lebatnya.
dalam gambar cam tak nampak hujan kan?
terima kasih canon dslr 1000D. saya mesti pilih!

kat bawah tu la tempat mandi mandanya.
macam yang kat klcc tu hok?

bergambar di signboard wajib.
pun hujan masih melebat.
encik z snap dari dalam kereta sebab takut kamera nya rosak.
iya iya lah…

taman awam miri ni lawa tapi satu je aku tak berkenan.
kenapa dihimpun sampah sarap kat depan ni ek?
sungguh mencacatkan pemandangan tau.. huhuhu…

ok masa untuk ke airport sudah…