Hari Bicara Akademik dan Bertemu Waris MGSKL

Bila dah pertengahan tahun ni macam biasalah, kena pergi sekolah untuk Report Card Day.
Kat MGS diorang panggil Hari Bicara Akademik dan Bertemu Waris.
Perkataan waris tu macam meremang sikit, sebab selalu kan waris waris ni berkait dengan kematian. OK Normaya, terlebih fikir sangat awak ni.

12 Julai hari Rabu, start pukul 11 pagi sampai 2 petang. Boleh je la kalau saya nak pergi tengah hari, atau pun ambik je half day pagi. Tapi takpelah, rasa macam nak bercuti 1 hari. Pukul 11 pagi sampailah di gate sekolah. Terserempak dengan Mr Wong kat tengah jalan, so sesama menapak ke kelas 2M. Dah ada parents sampai dah masa ni.


: : Cikgu Fauz, cikgu kelas 2M pergi kursus, so 2 orang cikgu lain yang attend parents : :


: : Mr Wong yang juga AJK PIBG. Baik dan ramah tamah sangat dia ni : :


: : Haa senyum senyum la. Ni sat g Mommy jumpa cikgu ni : :

Cikgu 2 orang tu macam relax je. Diorang kata ok ni keputusan Yasmin.  Boleh improve lagi. Walaupun takde A langsung, walaupun ada C jugak. Bila tanya Yaya, Yaya kata masalahnya Mommy, yang lain tu ada yang A pun takde. Semua C, D. Pengsan.

Lepas ambik report card boleh bawak anak balik, jadi marilah kita balik, nak.
Yaya nak makan Boat Noodle, so ke SPM lah kita. Ada hati lagi tu nak demand makanan yer, walaupun result kali ni ke laut.

: : Menu baru : :


: : Itulah dia keputusan peperiksaan pertengahan tahun anak dara saya. Ni hujung tahun ni cemana cerita taktau la : :

: : Sejuk mengggigil dalam surau SPM ni ha : :

Keputusan peperiksaan anak-anak korang ok ke? Tetiba menyibuk nak tau hehe..