Ernie @ #LanaiKijang

hari isnin hari tu aku lunch dengan ernie kat lanai.
dia amik cuti sebab nak habiskan cutinya yang banyak.
dengki betul aku.
cuti aku tinggal 5 hari jer ok.
dah la macam macam nak buat bulan 12 nanti. huhu..

mandangkan dia dok kata tingin nak lunch kat #lanaikijang yang sering aku sebut sebut, so aku bawaklah dia gi sana.
nama pun bloggers.
tak sah kalau tak snap gambar makanan tetambah lagi kalau first time gi sesatu tempat makan tu kan..

sesambil makan sesambil aku meluah perasaan.
lega rasanya bila dapat cerita sesuatu yang dah dipendam lama pada kawan rapat kita kan?
dia pun tidaklah mengia. menidak pun tidak.
sebagai sahabat kadang-kadang kita cuma perlu tempat untuk meluahkan je betul tak?
dan sebagai sahabat, jadilah pendengar yang setia. begitu.

ernie marah aku pakai tudung putih ni sebab dia kata jarang.
tsktsktsktsktksktsk…
aku mencebik jer la.
nak menjawab sah sah la aku defensif.
sebab memang jarang pun tudung putih ini.
huhuhuhuhu…. ;-(

oh selain nak habiskan cuti, ernie datang jumpa aku sebab nak bagi kain ni ha.
nak suruh aku jahit baju nya.
tapi sampai rumah bila aku belek belek.
baju contoh yang diberi bukan baju kurung tradisional.
sebab takde kekek pon…
kain yang dibagi pun kain selisih depan.
bagaimanalah mau dijahit???

now u tell me??