Category: Memory

Kenangan Sewaktu Mencomot 1992 – 1994

aku dulu masa form 1 sampai form 3 sekolah kat sekolah menengah bandar baru sentul, KL.
dari JB, pindah sekolah lalu terus tanpa pilihan masuk sekolah smbbs nie.
tapi ok ok la. dapat kawan-kawan yang best.
harus ada yang tak best jugak 😀
standard la, dalam dunia nie mana nak dapat yang best-best sajork.

best atau tidak, semua pun dah jadi kenangan terindah.
dan semua kenangan indah tu bergabung meletup adam stacy semula dalam facebook.

yang dulu kenal rapat, yang tak berapa nak rapat, yang tak kenal langsung semua pun berpusu-pusu nak add dalam facebook.
aku nie dah la sekolah sampai form 3 je kat smbbs, harus tak ramai la yang aku kenal.

tapi boleh tak aku nak mintak tolong….
kalau ko takat letak gambar kucing kat profile, pastu photos lak tak share to everyone, message memperkenalkan diri pun nan hadoo, ko jangan la harap aku nak accept ko.
tak kisah la ada mutual friends atau tidak.

recentyly ada plak main paksa-paksa aku ingat dia.
dah aku tak ingat, apa ke he nye yeop nak main paksa-paksa lak.
siap suruh call sana sini bagi aku ingat jugak-jugak siapa dia.
hey.. koser uolls…
yang aku dah accept, lain plak ceritanya.
walhal masa sekolah dulu idok ler pun aku beramas mesra.
alih-alih tinggal komen menyakitkan ati kat status aku. terhapa okkk.


: : rombongan cik kiah melawat taman jurrasic park. back in 1992 : :
: : sila cari saya yang mana satu. encik z gelak guling-guling ok nengok gambar ni. tak guna : :

nie salah seorang yang aku tak ingat.
udah ler tak letak nama sebenar kat profile.
tapi respek jugak la sebab dia siap cari gambar aku dengan dia, lalu men tag aku di facebook sana. dan dan aku terus recall siapa dia.
sebab dulu waktu sekolah cam nerdy nerdy gitu.
tengok sekarang, gaya dah macam penyanyi. *tetiba.
at least dia ada effort, so ok lah…

nie main paksa-paksa.. dah aku tak ingat, orang tu nak nyentap pulak.
kata melayu mudah lupa. eh eh.. kau kenapa?


: : azlan aka Lan GP. back in 1994 : :

last but not least, gambar ditag oleh cikgu norlina.
cikgu sekolah yang menggarang. tapi aku tak takut pun. muahahaha…
masa nie gi jenjalan ke pulau langkawi. 1994 jugak.
dengan rashid sekali, tapi takdok plak dia dalam gambar nie.
yang aku ingat, mardiana… salya… bee chin…

dan yang ala-ala mencangkung dengan aku tu, arwah nazuin suria. huhu..
antara sahabat terbaik yang pernah aku miliki…
aku ralat sangat masa dia meninggal tu,  tak sempat nak pergi tengok jenazah beliau.
walhal masa tu memang dah dekat sangat. aku duduk kat mawar apartment, bandar baru sentul.

nak jadi cerita, aku silentkan handphone aku dari malam sampai ke tengah hari esoknya. liza masrina call aku tak dapat-dapat.. haihhh…

terima kasih facebook yang menemukan aku dan sahabat lama…
dan terima kasih pada kawan-kawan smbbs yang masih ingat lagi kat aku yang tak berapa nak glamer nie.

– YOUR ENEMIES CAN’T HURT YOU, BUT YOUR FRIENDS WILL KILL YOU –