3 Tahun

Jumaat lepas Umi datang kat Kupang, ada urusan sementara tunggu suami ia.
Umi datang dengan anaknya Syifa dan baby barunya Firdaus.
Umi tengah cuti bersalin dan dah genap 60 hari.
Saya dengan Kak Gee join lah duduk setable breakfast dengan Umi dan anak-anaknya.


: : Firdaus di usia 60 hari : :


: : Syifa & Umi : :

Umi suruh Syifa beralih tempat duduk sendiri.
Mula-mula dia macam taknak, tapi Umi offer buku dengan coloring pencil, haa barulah dia nak.

Tiba-tiba cahaya matahari dah masuk ke arah table kitorang.
Saya cakap ‘Syifa, pakai spek tu’
Cepat-cepat dia pakai. So comel.

Kulit putih, mata sepet, rambut kerinting, gegebu gegebas macam Syifa ni bebetul mengingatkan saya pada Yaya.
Rindunya la haih waktu Yaya kecik-kecik dulu.
Anak yang sangat baik dan mendengar kata seolah-olah memahami keadaan saya yang bergelar ibu tunggal dulu.


: : Firdaus dah bangun : :


: : Yaya di usia 3 tahun. Rindunya…… : :

11 Zulhijjah

AidilAdha ke 2 merangkap 11 Zulhijjah, 2 September.
Hari Sabtu Mama & Yaya nak balik Taiping dah.
Kenapa tak balik hari Ahad? Tiket train habis.
Pastu menggeram sebab Isnin kan cuti.
Kalau tau balik Isnin je. Tiket banyak huhu.

Tapi macam saya pernah cerita sebelum ni, kadang tak rasa sangat pun duduk jauh sebab selalu jumpa jugak.
Anggap macam Yaya duduk asrama je lah.
Walaupun nak kena anggap tu dari dia sekolah rendah lagi hehe.

Dari KL Sentral ajak Encik Z pegi Pavilion.
Nak pegi store dUCk Cosmetics! Heeee..
Dasar kan.
Encik Z kata, Vivy ni jual apa pun orang beli.
Memang kuat penangan/aura Vivy ni kan.


: : Macam kat overseas : :

Boring sikit la pergi tempat mekap macam ni dengan husband.
Dan pulak bukan dia masuk dalam pun.
Lalu membeleklah saya mekap tu semua sorang-sorang.
Kalau ada kawan perempuan syok la kan boleh try calit-calit mekap semua.
Sian saya, tak ramai kawan sob sob.


: : Beli lah seketul buat syarat. Lip gloss. Merah menyala baqhang : :


: : Suka suka suka. Nanti nak try Matte Lip Cream dengan Lipstick pulak : :

Eh nak try Make-up Remover dengan Eyeshadow Palette gak!
Tapi macam lah saya rajin nau mekap mata ni kan? Hmm..

Dari Pavilion pergi Melawati Mall.
Saja jalan buang masa buang karan buang duit.
Dah namanya berdua je pun kan. Pegi je la mana nak pegi.
Lagipun Melawati Mall ni kan baru dibukak, so marilah kita menanda kawasan.


: : Encik Z nak makan kat Marrybrown. Ai folo.. : :


: : Dah September kenapa tak bukak lagiii wahai Jubahsouq? : :

Lepas makan ajak Encik Z nonton Annabelle.
Macam dah ketinggalan train jugaklah sebab dah lama kan movie ni.
Tengah q nak beli tiket, disapa oleh 2 orang.
Hakim & Lisa. Sepupu saya. Depa pun sama q nak beli tiket Annabelle gak.
So sekali jalan lah beli.


: : Hakim & Lisa, anak Pak Chu. Pak Chu, adik bongsu arwah Abah : :

Teringat masa saya form 5 tengah tunggu result SPMV, saya duduk melepak kat rumah Pak Chu Mak Chu.
Masa tu depa anak beranak duduk kat Lumut.
Lisa, Hakim dengan sorang lagi Farahin kecik-kecik cecomel je.
20 tahun lebih dah.

Lepas tu malam-malam pakai phone rumah call KHJ.
Tengah cinta mati sangat masa tu dengan KHJ oi.
Rindu la katanya.
Lately ni asyik cakap pasal KHJ je kau dah kenapa Normaya?
Hiks. Hashtagjangankecamsis


: : First time dapat tiket macam ni. 6 orang punya sekali print : :

Movie Annabelle : Creation tu ok ok la.
Boleh agak dah la kan cerita nya macam mana.
Tiba-tiba macam ada kaitan dengan Conjouring pulak.
Ada la kot sambungannya nanti-nanti.


: : Supper kat Ali Maju. Pekena roti boom dengan susu halia. Dap dap : :