Blog Maya Dot Com

Memory

Jejak Kasih di Seremban

Dari Port Dickson, membelok masuk ke Seremban. Nak pegi rumah parents Lynda. Diorang buat majlis khatam Quran untuk anak sulung Lynda merangkap juga majlis aqiqah anak kembar Lynda, Edlyn Huda & Emlyn Hana. Dah alang alang saya ada kat PD kan, apa salah menyinggah. Sampai sampai je kat situ, saya nampak ayah Lynda, Uncle Sharil. Rasa korang dah baca kot hari tu salasilah perkenalan saya dengan Lynda kat ENTRY ni kan? Tapi bila saya baca balik macam tak details sangat…

Aku Tanya Apa Khabar… Semua…

Hari Sabtu lepas, 7 Februari saya pegi Shah Alam. Shah Alam, Seksyen 7. No no no. Bukan nak shopping tudung lagi. Tapi pegi rumah Lynda. Masa tengok alamat dia, saya macam waaaa bestnya duduk kat Seksyen 7, Shah Alam. Dekat dengan tempat jual segala mala mak nenek tudung hehe. Janji dengan Aida nak jumpa terus kat rumah Lynda pukul 6 petang. Pegi lewat sebab anak Aida tuisyen. Saya berdua je dengan Encik Z so memang tak kisah pukul berapa pun.…

Belum Gandah

19 September hari tu saya lunch dengan Fin & Faiz kat Lanai. Lama sesungguh tak jumpa depa kot. Bila last jumpa ntah.. tak dapat nak recall sebab dah lama bebenau. : : Fin makan ni. Lamb Shank Acun namanya. Kuah ia sedap. Macam manis manis tomato gitu. Next time pegi saya nak order ni ah : : Saya makan ayam penyet. Tak payah gambar ar sebab ayam penyet je pong. Rasa dah penah jaja kot dalam blog. : : Faiz…

X Vista

Saya upload gambar kat instagram dengan Ernie Zuraida. Kak Illa komen kata rindu kat kitorang berdua. Terus cam jom set jumpa kejap sebelum Ernie balik Mesir. Pong pang gitu gini so set nak jumpa hari Jumaat, 15 Ogos hari tu kat Midvalley sana. Ernie sampai office saya awal gila kot. Mendapatlah dia kena melepak tunggu dalam meeting room ha. Soalan dia tak habis habis, korang boleh eh pakai baju glamer glamer gitu. Hari tu pulak kebetulan ada Open House besar…

Port Weld Kuala Sepetang

pun juga hasil dari pembacaan di blog biqque, saya terpanggil untuk ke port weld. korang tau kan port weld? apa? tak tau??? apa nak jadi korang ni. sejarah malaysia okkk.. malaysia.. nah saya baik hati nak share sikit ringkasan pasal port weld. port weld adalah nama asal kuala sepetang. yang korang dok baca mee udang mak jah, mee udang mak teh. ha tu la tempatnya, kuala sepetang. Port Weld ni dinamakan sempena nama seorang Governor, Frederick Weld . letaknya berdekatan…

Terima kasih Sahabat ^__^

saya initiate gathering dengan geng vokay. bermula dengan message kat facebook. pong pang gitu gini, akhirnya semua agreed nak gather on Syawal ke 17. macam biasalah, saya buat sup tulang/daging. makan dengan nasi himpit. dah itu jer pun yang saya reti kan. lagi pun depa tak penah lagi makan sup tulang/daging buatan saya. so takde lah segan sangat kot he he. janji semua nak sampai dalam pukul 2 petang camtu. first sekali sampai chelly. aterrr rumah ia dengan rumah saya…

Selepas 16 Tahun….

hari ahad lepas saya pegi beraya ke bentong dan raub. sebelum bergerak lets brunch kat old town dulu. saya makan ni ha. apa ke namanya. tapi wantan mee lah. ada hirisan ayam. sedap juga. lalu terus meredah jalan menuju ke bentong. ke bentong sebab mau ke rumah farah. sebelum tu saya dah whatsapp ia. kata nak datang. kalau dia tak ke mana, dan kalau tak menyusahkan. farah ni kawan masa saya kat politeknik PD dulu. tapi dia sempat satu semester…

Ke Matta Fair & Ke Kajang

syawal ke 21. hari sabtu. saya pergi pwtc. matta fair! tujuan utama adalah untuk mencari tiket/pakej ke legoland. dan juga mengsurvey pakej ke chiangmai/chiangrai. konon nak keluar awal la kan. tapi takde nya. pukul 11 camtu baru keluar rumah. 11.40 pagi baru bebetul dapat masuk. pusing pusing kat bahagian local dulu la sebab itu tujuan paling utama. survey kat 2,3 booth. dan settled with pakej dari New Asia Holiday. 2 tiket dewasa, 2 tiket kanak-kanak ke Legoland. 1 malam di…

Siapa Kata Tak Boleh BFF Dengan Lelaki?

ok sambung cerita di mentakab. dari bukit bendera resort ke rumah pengantin dekat je sebenarnya. nak menapak pun boleh. tapi dengan panas berdengung, maleh la piula. jadi saya dan encik z pun menaiki lah kereta. : : hadiah untuk pengantin. diterbangkan khas dari phnom penh : : sampai sampai salam mak apak pengantin pastu terus makan dulu. duduk bawah khemah bumbung merah, makanan pun jadi merah. tapi adalah sedap sebab ada tempe dengan ikan bilis goreng garing. dap dap. inilah…

Oldskul Sungguh Babe!

ya ampun dah pukul 1 pagi! punya la ralit aku layan youtube. actually yang jadi ralit tanpa sempadan tu sebabnya encik z sudah tukar line internet kat rumah ni dari YES ke UNIFI. takpe yang ni nanti aku story lain na. tadi download lagu-lagu elite. tapi ada gak lagu yang tak dapat. takde dalam 4shared. pastu kaktin & payiet kata boleh je nak save dari youtube ke 4shared. tapi dah terlupa la plak caranya. takpe hold dulu, nanti boleh tanya…

See No Evil, Hear No Evil, Speak No Evil

sebenarnya aku memang ada banyak entry yang nak diupdate kat sini. entry cuti-cuti kedah, wedding adil, cuti-cuti cambodia, jalan-jalan ke kl bird park, lawatan ke muzium matawang BNM dan yang terbaru cuti-cuti cameron highlands. tapi taktau la, perasaan malas meluap luap berleluasa dalam diri dengan hebatnya. tak tau la bila tahun nak habis update semua cerita ni. harap harap habis la update sebelum aku pergi bercuti ke bandung nanti. eh terbagitau plak eh? hari tu kata nak rahsia bagai. dasarr……

Kenangan Tart Nanas

banyak ke korang buat / beli biskut raya tahun ni? aku beli tak banyak pun. cuma biskut dahlia, almond london, tart nanas & kuih kapit. semua pun diorder dari officemate. kuih kapit tu tak sempat rasa tsktsktsktksk.. sebenarnya aku nak tanya, korang ada kenangan dengan biskut raya tak? i mean apa-apa kenanganlah. aku everytime tengok tart nanas mesti cam teringat kenangan lama waktu kecik kecik. eh bukan waktu aku kecik, tapi waktu yaya kecik. dalam umur 2 tahun camtu. dia…

Page 2 of 3123