Jumpa Kak Ana kat Sogo

Bertahun dah rasanya tak jumpa Kak Ana, rakan coursemate kat Politeknik Port Dickson dulu.
Walhal ikutkan tempat kerja bukanlah jauh mana pun.
Saya biasa beli perfume dari Kak Ana, kirim dengan Abang Long je sebab diorang kerja satu office.

Ada sekali tu Kak Ana ajak jumpa. Dia nak datang Sogo.
So lunchla together-gether. Kebetulan KakTin tanya saya lunch kat mana, so join je sekalian.
The more the merrier.

Satu jam lunch tak sempat lah nak bersembang sangat.
InsyaAllah nanti raya saya ada plan nak ajak semua kawan-kawan DSK datang rumah. Masa tu nanti ha kita sembanglah sampai lebam 🙂

Rindu!

Jumaat, 16 Mac hari tu Kak As singgah B** sebab ada urusan.
Sempat la saya turun bawah jap jumpa ia. Sekali dengan Maliq dan Sarah.
Rindunya la haih sangat. Tu la dulu depan mata bertekak je, sekarang dah takde baru nak rindu.
Pengajaran, hargailah orang yang ada di depan kita.
Esok bila orang tu dah takde, nak menyesal pun tak guna.
I miss u Kak As……