Bayou Lagoon Park Resort Melaka

Harga apartment yang saya ambil ni termasuk breakfast untuk 4 orang dan tiket waterpark untuk 4 orang juga. Breakfast cuma saya, Encik Z, Yaya & Caca berempat saja. Tempat makannya dalam hall besar, orang pun meramai, tapi kami sampai awal so still ada seat kosong belah-belah depan. Makanan hmmmm.. tak sedap.

Wristband ni pulak untuk masuk pagi ni cuma Encik Z, Yaya & Caca. Lagi satu nanti untuk family Kaklong lah. Saya memang taknak masuk. Bukan saya mandi pun kan, so buat rugi je. Kaklong plan nak masuk lepas check out nanti. Menunggu anak-anak bangun katanya. Spesis I pulak, siapa nak mandi, bangun pagi. Lepas check out dah tak kuasa nak masuk waterpark lagi dah. Wristband lagi satu tu kena masuk sebelum pukul 12 tengah hari.

Naik apartment Mama bagitau kata air cond leaking. Tik tik tik menitik atas lantai ha. Tu Mommy letak kain lap. Terus call maintenance suruh datang. Saya tunggu dalam bilik. Tak perasan yang diorang datang, Mama pulak tak panggil saya. Saya dah plan nak komplen dah ni pfftt..

Pukul 11.00 pagi camtu diorang bertiga dah naik dah. Masuk toilet tengok takde air pulak. Sebelum tu tekanan air dah la slow gila. Dah terpaksa semua orang yang tak mandi lagi ni menunggu. Abang Long call maintenance, diorang kata memang ada problem, kena tunggu kejap. Dalam 30 minit jugak la menunggunya. Bila air ada balik pun slowwwww sangat.

: : Towel jatuh ke lantai tu, Aisya… : :

: : Nurul Mawaddah & Maamar : :

Saya bawak Kaklong pergi tunjuk entrance nak masuk dalam waterpark tu.
Kan ada satu lagi wristband tu kan? Budak tu cek dia kata tak boleh guna dah wristband tu. Valid sampai pukul 12 tengah hari je. What?????
Saya tengok jam, masa tu dalam 11.50 pagi. Saya kata belum pukul 12 tengah hari lagi. Dia jawab apa tau “Kalau akak masuk sekarang pun, nanti pukul 12 tengah hari kena keluar”

Kau rasa??? Habis tu kalau kata Encik Z, Yaya & Caca masuk pagi tadi, tak keluar-keluar pukul 12 tengah hari, korang nak masuk panggil ke? Saya kata la kenapa awal-awal check in tak bagitau? Dia kata hotel lain, waterpark lain. Memang biadab lah staff yang jaga tu. Kaklong malas panjang-panjang, dia kata takpelah, bayar je lah lain. Tapi saya memang berangin la. Both hotel dengan waterpark ntah hapa-hapa.

Butang lif rosak, kena hentak kuat-kuat baru menyala. Tekanan air rendah, air slow gila. Sempat pulak takde air 30 minit. Air cond bocor. Saya tanya Yaya best ke waterpark nya, dia kata pusing 1/2 jam dah habis main. Ada rides dalam tu tapi kena bayar lain.

Kesimpulannya, sorry to say, Bayou Lagoon thumbs down. Memang saya blacklist.