KakYa berangan nak jadi TokYa

sejak dato’ siti nurhaliza launch produk simplysiti tu, aku cam gedik-gedik jugakkk la nak gi membelek produk beliau.
tapi katanya produk simplysiti nie cuma dijual kat watson kan.
so terpaksa la nunggu masa dan ketika nak terjah ke sana.

lepas free trial session kat maryfrance bodyline tu, nampak ada watson.
so apa laga… masuk la lenggang lengguk.
lama jugak aku berteleku belek satu persatu produknya.
ada set penjagaan kulit dan set mekap jugak.

pikir punya pikir, memandangkan compact powder dengan blusher aku cam ala-ala suam kuku dah, so aku decide mau beli ini.
ikut hati, memang kalau boleh nak borong semua yang ado.
tapi, sila ukur baju di badan sendiri yer normaya mukhtar.

so aku beli ini. 2 way cake.

dan juga blusher yang mencomel ini.
comel kan.. nak pakai pun cam very the mudah 😀

sebut tentang harga.. aku rasa harga produk simplysiti ni cam so-so la.
nak kata murah tidak, nak kata mahal tidak.
tapi bagi aku yang kemiskinan tegar nie cam mahal jugak laa…
jauh lagi mahal dari silkygirl yang haku guna sekarang.

tapi sesekali nak berangan kann..
mana tau lepas pakai produk simplysiti nie, rupa paras ai berseri-seri macam tokti.
heeee… ko memang berangan kan normaya.
kenapa ko berangan di sini? pergi ko berangan di sana?

eh eh.. nie bukan blog aku ke. suka la nak berangan kat sini..