Mee Ketam Kuala Lumpur tapi kat Shah Alam. Bagaimana Itu?

besok pepagi 3 beranak kesiangan.
konon ingat nak breakfast, pastu nak gi swimming, dalam mimpi je la.
pukul 10.30 pagi camtu baru terjaga.
lalu siap-siap je la terus nak check out.
cadang mau lunch kat restoran mee ketam.
ala restoran yang menjadi siulan dan taipan para bloggers di luar sana.
pengaruh blogĀ  betui kan?
so ke sanalah kami.
restoran ni letaknya kat seksyen 7 shah alam.
tu la dah alang alang ada kat shah alam kan, zasss je lah.
nak datang saja-saja semata-mata memang tak ah..

:: depan restoran : :

: : menu : :

: : kat papan hijau ni pun ada tulis menu of the day jugak : :

: : pekerja yang rata-rata terdiri dari pelajar/bekas pelajar uitm : :
sebelum makan, sesi penyerahan birthday card dan birthday prezen dari yaya kepada ayahnya.

: : hadiah berupa sabun wangi berbentuk cupcake. comel : :
ayah pura pura nak makan.
bawah tu plak kad. lupa nak snap apa yaya tulis.
takpe lah ek.

: : donuttttttt sangat! : :
ok teruskan dengan apa yang kami makan dihari kejadian.
saya dengan yaya sama-sama order laici kang.
memula satu je. lepas tu rasa tak cukup, up lagi satu.
memang begini! sedap.

: : yaya makan bihun sup ketam biasa RM8 : :

: : encik z makan mee kari ketam biasa RM8 : :
saya nampak ada menu ketam cili.
saya dok bayangkan ketam cili macam kita selalu makan kat restoran seafood tu.
rupanya lain heh.
dia adalah berupa sup.
dan nama penunya adalah ketam sup cili padi.
#sentaphatimaknak
dah la amik 2 ekor ketam plak tu.
sekor RM6. 2 ekor RM12 lorrr.. tsktstksk.
tapi saya ratah jugak la sehingga ke titisan isi yang terakhir.

: : telur dadar klasik RM1.50. bawang goreng dan daun bawang ditabur atas telur dadar : :

: : yaya yang gigih makan : :

: : kejayaan restoran ini. kejayaan kata kau : :
so kepada penggemar ketam, boleh la nanti bebila try makan kat sini yer.
bagi saya, rasa dia ok ok la.
nak kata sedap sangat pun tidak, tak sedap pun tidak.
boleh la sesekali feel feel bila teringin nak makan ketam.
oh ni alamat penuh nya.
no 11 kompleks anjung 7, jalan zirkon B 7/B, seksyen 7, 40000 Shah Alam Selangor.
(belakang unisel)
selamat menjamu selera!