Kain Pasang Medan

Total saya beli kain pasang kat Medan ialah 41 pasang.
Untuk saya saja 19 pasang.
Yang selebihnya saya jual kat office.
Yang saya jual kat office Polos, Polos Bersulam Bunga Timbul & Sutera Kumbu.

Saya nak ciwi yang saya punya je hehe.
Yang bawah ni memang style yang saya suka.
Polos/plain pastu ada bunga sulam timbul kecik macam tu.
Saya rasa simple kot pakai macam ni.

Ni polos yang belah kanan tu semua saya punya.
Tamak! Hehe..
Yang belah kiri polos coklat dengan kelabu pun saya punya.
Tapi yang ada sulam tu untuk Yaya sebabnya tu 3 1/2 meter je.
Nanti bila bila ingat nak buatkan dia kurung moden.
Cewahh.. Nak bagi anak melawa je kejenya kan.
Heyy kalau bukan omaknya nak lawa kan anak, siapa lagi kannn..

Yang ni pulak style lebih kurang macam kain kat atas tapi dia punya material tu lagi lembut dan harganya pun agak mahal.
Ingat dulu saya pernah beli yang macam ni masa saya pegi Padang Bukit Tinggi dulu.
Tapi dah takde sedekah baju tu kat sebabnya saya tak muat pakai dah.
Ketat kat pinggang dan punggung sob sob sob.

Ni pulak Batik Karisma yang saya cakap hari tu.
Saya banyak collection batik ni sebab pun saya rasa ianya adalah simple.
Nak iron senang. Nak basuh pun campak je dalam mesin haa.
5 pasang saya beli. Suka suka suka.

Yang ni asalnya nak jual tapi tak laku haha.
Takpelah saya ambik je lah. Boleh buat baju raya Haji untuk saya, Yaya & Mama nanti.

Sutera batik hijau muda pucuk pisang ni lawa sangat.
Tapi saya tak faham kenapa takde orang nak beli. Why uolls why?
Kalau lawa kenapa kau tak pakai sendiri Normaya?
Sebabnya saya ada dah warna sebijik pucuk pisang ni.
Batik Terengganu. Saya beli dari KakWan.
Kalau ada sesiapa berminat, meh la message saya.
Saya tolak harga kasih sayang.

Polos kuning ni ada cerita di sebaliknya.
Memula dah ada orang dah ambik dah.
Tup tup bila time nak collect payment, dia tinggalkan note ‘Sorry tak jadi ambik’
Sabarrrr je la kan.
Kalau kat kedai boleh ke buat camtu? Tak kan?
Macam macam kan perangai manusia.

Makanya polos kuning ni masih available.
Siapa nak meh message. Saya tolak harga modal je k.

Sutera kumbu saya ambik yang warna biru tua macam Kak As pakai ni.
Dia pun beli dari saya. Lawa bila dah siap jadi baju.
Kelihatan korporat sekali. Saya ambik 2 pasang nanti nak buat baju sedondon dengan Yaya.
Bila nak buat tu taktau laaa hehe.

Gambar bawah ni curi dari FB Kak As.
Event semalam. Dan hari ni last day Gabenor kat B**.
Sedih…… Sob sob…

Itulah dia kisah saya, Medan dan kain pasang.
Ada kawan tanya bila lagi nak pegi Medan shopping.
Alaa tanya je. Bila aku pegi beli kain banyak, satu pun kau tak beli dari aku.
Motip tanya??? Pfftt..