Manila : Souvenirs, Budget, Video & Summary

: : Pesos. Cantik duitnya. Baru dan wangi! Macam duit Monopoly pun ada gak : :

Saya tukar RM1200 untuk makan, shopping, teksi, airport tax dan misc.
Sebab hotel dengan tour dah bayar online sesiap.
Duit Pesos boleh tukar terus kat money changer.
Kira tak perlu la nak tukar USD dulu, then baru nak tukar Pesos kat Manila.
Boleh terus tukar je k.

Macam saya bagitau hari tu, kat Manila ni takde bazar pasar malam bagai.
So takde la nak membeli souvenir unik unik sangat pun.

SOUVENIRS

: : Yang ni saya beli untuk Kak As. Saya up jugak sebungkus untuk saya. Sedap : :

: : Ni belian di Kultura Filipino : :

: : Dried fruits memang terkenal kat Manila. Kalau korang pergi sana, ni kekira item wajib beli lah gitu. Dan memang sedap. Rasa manis mangga tu tau. Takde campur campur gula bagai : :

: : Iaitu tshirts untuk suami dan anak anak. Kualiti tip top : :

: : Fridge magnet tak banyak choice. Beli la jugak buat syarat. Dengan getah rambut atas tu untuk Yaya : :

: : Beli poskad gak. Ni terus bagi Yaya untuk projek sekolah ia : :

: : Jumlah belanjaan di Kultura Filipino : :

BAJET

Flight Air Asia RM819.00
Hotel PHP7,320
Pengangkutan PHP900 + RM122.00
Tours USD207.94 + USD101.86
Makan PHP2,042
Shopping PHP2,943
Airport Tax PHP1,100

Macam biasa, ni takde la exact amount.
Tapi boleh la kalau nak dibuat panduan di masa depan.
Total kurang lebih saya spent RM3,400 untuk 2 orang.
All in lah kiranya.

RANDOM

Masa dalam van dengan tour guide Richard tu, kitorang ada la menyembang tentang perkataan perkataan Filipina yang sama dengan perkataan Melayu.
Yer lah kita ni pun asal nya serumpun jugak kan.
Memang Bangsa Melayu.

Mahal, murah, kanan, sepak, buaya, lelaki, masuk, tahun, empat, lima, anak, tisu, sabun, pinggan, payung, mangkuk, kambing, pintu, siku, mata, kuku, batu, kami, sakit, aku, langit, takut.

Banyak lagi la, tapi koser la pulak saya nak tulis sesatu kan hehe..
Pendek katanya, kalau pegi Filipina jangan nak mengada mengumpat mengata bagai, kot perkataan yang korang sebut tu depa faham, tak ke naya kan.

Sempat jugak saya tanya kat Richard apa maksud PANGAKO SAYO.
Ala drama bersiri yang famous nau nau kat Malaysia satu ketika dulu ha, sampai 2 tahun ceritanya ke udara.
Katanya Pangako Sayo tu bermaksud My Promises To You.
Janjiku Padamu gitu.

Saya cerita la siri Pangako Sayo ni famous.
Dan pelakon lelakinya Jericho Rosales tu pun diminati ramai juga.
Richard tak percaya kooo.
“I don’t know he so famous in Malaysia”
Kannnn…

Ohh yang pasal sejarah Islam yang kata nak cerita tu kan, yang tu Mr Pang yang bercerita.
Katanya agama asal Filipina memang Islam.
Tapi satu masa dulu ada peristiwa salah seorang pembesar negara beragama Islam telah dianiaya dan dipaksa menukar agama Kristian.
Sejak dari itu lah menularnya agama Kristian.
Ada la lagi dia cerita tapi ntah lah kan, kesahihannya tak dapatlah dibuktikan.

Ada rasa sedih dan simpati pun yer.
Takpelah, kita doakan yang baik baik.
Sesungguhnya hidayah itu milik Allah SWT.

Tentang pendidikan pulak, mereka memang diwajibkan belajar bahasa Inggeris.
Kira dalam syllabus memang ada diajar Bahasa Inggeris secara serius.
Patutlah semua pun terror je converse in English.
Kalau korang pegi Manila, bab nak communicate memang tak jadi masalah lah.

Waktu terbaik untuk pergi Manila?
Rasanya sepanjang tahun ok je kot, sebab depa takde la pun musim musim sangat.
Masa saya pegi hujung bulan 2 tu cuaca nyaman elok je.
Takde pun panas peluh peluh ketiak ke hapa.

Dan last sekali yang saya nak share dengan korang tentang Manila ni, depa semua bau wangi! Haha!
Bau wangi sabun tau. Bukan perfume ke apa.
Tapi bau badan yang fresh.
Lalu sebelah menyebelah takde pun bau busyuk masyam ke hapa.
Wangi je. Matiklah dok bau badan orang haha.

So kesimpulannya, janganlah nak dengar sangat cakap orang kata kat Manila tu takde apa lah, bosan lah.
Dan lagi satu takyah takut k.
Masa saya nak pegi tu pun ada je tanya macam risau risau sebab kes rusuhan apa bagai.

That’s the end of my journey to Manila, Filipina!
Terima kasih Allah kerana memudahkan urusan saya dan suami.
Walaupun macam macam spekulasi orang tentang Filipina, tapi perjalanan kami dipermudahkan tanpa ada sebarang masalah.
Syukur syukur…

Dengan ini, lengkaplah sudah 10 negara ASEAN saya.
Yeyyy!
So tahun depan boleh la melangkah jalan jauh sikit.
Doakan saya ya.
Next trip insya Allah bulan Oktober nanti. Tungguuuu…

Nah layan video 🙂

Watamat.