Mama Turns 63

Hari saya balik dari Phuket tu, 20 Mac 2018 ialah hari jadi Mama yang ke 63 tahun.
Sampai kat KLIA, naik ERL ambik kereta kat stesen ERL Putrajaya & Cyberjaya, terus ke Alamanda.
Lepas lunch, cari belon untuk Mama. Nasib ada Balloon Buzz kat sini.
So beli balloon dan juga cheesetart Hokkaido, favourite Mama tuh. Dan juga slice Chocolate Indulgence Secret Recipe, pun favourite Mama jua.

: : Setiap hari Selasa ada promo, untuk bulan Mac sahaja : :

Sampai rumah Kaklong terus masuk bilik terjah Mama.
Mama tengah dok belek handphone, terperanjat la hehe.
Suruh Mama pakai tudung sebab nak bergambar buat kenangan.

Malam tu Kaklong & Adil sekeluarga bawak Mama keluar dinner.
Tapi saya sekeluarga plus Caca balik KSU dah sebab saya letih lah, dengan esok nak kerja lagi. Nanti memang dah plan nak belanja semua orang sekali jalan.
Iaitu hari Sabtu minggu tu jugak, 24 Mac. Sedang elok lah dah gaji kann hehe.

Kami lunch dekat The Chicken Rice Shop, Sunway Putra Mall.
Chicken Rice Shop ni memang favourite anak-anak, so senang semua makan kat sini, sesuai jugak dengan semua orang yang sejenis pemakan nasi.

Birthday Balqis 1 Mac 2018. Dah darjah 1 dah dia.
Saya memang dah janji nak belikan dia toys, so teruslah bawak pergi Toy World dekat Level 2. Dia suka Little Pony. So biarlah dia pilih apa yang dia nak.
Balqis ni dari kecik sakit dan bila dia dah besar ni dia macam slow sikit, tu kadang kesian jugak menengoknya.
Apa-apa pun, Mommy doakan yang baik-baik untuk awak, Qis.
Sempat lah saya tazkirah sebaris dua sebab dia ni kadang boleh tahan keras kepalanya.

: : Nurul Mawaddah, anak bongsu Adil & Yana. Jarang jumpa so tak berapa nak sangat dengan saya. Mommy sokayyyy je. Dah besar sok menyombong lagi, awas ya : :

Dari Sunway Putra Mall kami ke Hospital Angkatan Tentera Tuanku Mizan, sebab nak melawat We. We, kakak kepada arwah abah saya. Sakit tua 🙁
Semoga cepat sembuh dan dipermudahkan urusan We dan keluarga. Amin.

Selamat Hari Lahir Yang ke 63 Tahun, Puan Normah @ Mama @ Opah.
Semoga yang baik-baik sentiasa mengiringi hidup kita sekeluarga.
KakNgah sayang Mama….

Selamat Tinggal TLJ

Kat instastory dah cerita, dan macam biasa kat blog ni memang siaran tertunda.
Kadang tu bukan setakat tertunda, terus siaran dibatalkan pun ada ehehe.

Seperti yang korang baca entry Yaya sekolah kat MGS tu kan, ramai la jugak yang tanya kenapa pindah la apa.
Walaupun dah up kat instastory, tetap jugak ada yang DM tanya.
Haippp ni nampak sangat tak view instastory sis ni.

OK ceritanya macam ni. Dari hujung tahun 2016 lagi Mama dah suarakan hasratnya nak jual rumah kat Taman Long Ja’afar (TLJ) Taiping tu.
Rumah tu kitorang duduk masa saya form 4. Tahun 1995.
Lepas arwah Abah meninggal dunia tahun 1993, kitorang stay setahun lagi kat KL, lepas tu terus pindah Taiping.
Rumah tu memang arwah Abah beli lama dah masa kami adik beradik kecik-kecik lagi.

Bila Mama suarakan hasrat nak jual tu, kami bincanglah adik beradik.
Ada iklankan dah rumah tu, dan ada ramai jugak orang yang berminat nak tengok dan beli.
Tapi kebanyakannya loan tak lepas.
Bank value 300k. Tapi takkan lah kitorang nak jual harga value kan sebab dah renovate segala.
Uplah sikit. Pastu turun sikit, sikit dan sikit.
Still loan orang yang berminat nak beli tu tak lepas 🙁

Pertengahan tahun 2017 bincang-bincang dengan Mama, Mama kata ambik lah dulu Yaya duduk KL.
Nanti kalau apa-apa takyah pening dah nak uruskan tukar sekolah ke apa.
Kira pos Yaya dulu la, bila Mama sorang nanti senang nak buat apa-apa urusan takyah fikir Yaya sekolah ke apa.

Oh soalan korang ‘Kenapa nak jual?’
Sebab Mama bercadang nak belajar agama, nak masuk sekolah pondok.
Kat Taiping still ada rumah Tok (mak Mama) kat Batu 4, Kamunting.
Kalau mokata bila-bila Mama nak balik Taiping sebab rindu ke apa, boleh je duduk kat Batu 4 tu.
Selalu pun kalau ada gathering adik beradik Mama, memang depa berkumpul kat rumah arwah Tok tu.

Dalam menunggu-nunggu buyer tu, ada sorang cikgu ni berminat nak sewa. Mama ok, kitorang adik beradik follow je lah.
Mula-mula saya ingatkan macam Mama nak sewakan fully furnished, ingat kot macam lepas orang sewa tu keluar ke depan depan, Mama nak balik duduk kat TLJ tu.
Tapi tengok ha habis angkut semua barang haaa.
So makna rasanya memang tak dah la kot Mama nak balik duduk sana.


27 Januari, lori barang sampai kat rumah Kaklong kat LEP.
Memang semua barang kena port kat rumah Kaklong la.
Nak port kat rumah saya ajer giler. Mana mau muatnye.
Masa barang sampai tu Kaklong sefamily kat PD lah pulak.
So bertunggu tanggalah siapa yang tinggal ni ha nunggu siap unload barang semua.
Boleh tahan berkotak-kotak gak laaa. Dengan baju, buku, barang dapur segala.
Ada yang Mama sedekah dan jual jugak.

Separuh lagi barang hantar ke rumah Adil kat Melaka sana.
Adil, adik kandung saya. Dia memang nak settle down kat Melaka sana.
Rumah baru, so elok la ada barang sikit-sikit ni kan.

: : Meja makan yang berat kemain : :

Rezeki Kaklong la dapat meja makan besar 8 seater .
Meja makan lama kecik sempit nau kalau nak letak lauk pauk segala kalau ramai orang.

Sedih tak tinggalkan TLJ? Sedih jugak lah sebab lepas ni balik Taiping dah tak boleh pergi tidur kat TLJ. Banyak ooo kenangan suka duka kat rumah tu.
Haishh tapi itulah dia, sampai bila kita nak hidup dibayangi kenangan betul tak?
Life must goes on.

So.. itulah ceritanya kenapa Mama datang duduk kat KL sekarang.
Harap dapat memberi pencerahan kepada yang bertanya.
Oh yer, nak jugak tanya dan mintak tolong korang ni.
Kalau ada sesiapa yang korang kenal tengah nak cari rumah kat bandar Taiping, boleh la kot-kot nak consider beli rumah Mama saya tu.
Banglo, harga RM385k, insya Allah boleh nego kalau ada yang betul-betul berminat.

Selain tu nak tanya jugak kalau sesiapa yang tau kat area Kuala Lumpur/Selangor ni, kat mana yang ada sekolah pondok untuk dewasa/warga tua.
Boleh pm saya eh? TQ korang 🙂