Mesyuarat PIBG

Sepanjang hidup ni first time saya attend Mesyuarat PIBG ok?!
Ye la sebelum ni kan Yaya sekolah kat Taiping, jadi memang Mama je lah pergi.
Bila anak dah sekolat kat KL, cannot lah mengelat lagi, kena lah pergi kan.

Seawal pukul 8 pagi dah sampai dah ha.
Sekali tengok aturcara majlis, pukul 11.00 pagi baru start mesyuaratnya.
*Nangis tepi kerusi
Tapi bertabahlah je la menunggu dah alang-alang sampai kan.
Nasib baik ada breakfast. Sedap pulak tu hehe.

: : Terima kasih suami temankan isteri walaupun tersengguk sengguk tahan ngantuk : :

: : Tak ramai sangat parents yang datang : :

Ada talk dari BSN tentang insurans. Dan ada program kesihatan jugak oleh Kementerian Kesihatan. Dapatlah pergi cek tekanan darah dan gula. Tekanan darah normal tapi Encik Z kata gula saya tinggi. Hmm.. cemana eh. Sejenis yang suka minum minuman manis.

Pukul 11 pagi bermula lah mesyuaratnya. Macam biasalah sah kan minit mesyuarat terdahulu, baca usul, pembubaran AJK dan perlantikan AJK baru.
Tengah santai-santai melayan nama-nama pencalonan, setiba-tiba ada sorang wanita ni pergi kat mic dan menyebut “Saya nak calonkan Puan Normaya Mukhtar, ibu kepada Yasmin, Tingkatan 2M”
What???? Ternganga jap saya terus terpandang Encik Z pastu kitorang tergelak.

YDP tanya “Ada tak Puan Normaya? Kalau ada baru boleh dicalonkan. Kalau takde takboleh”
Habis tu takkan nak duduk diam membisu membiarkan pertanyaan YDP itu tergantung sepi.
Saya pun angkat tangan dan angguk kepala ‘Yer, saya Normaya”
Dah la nak pencalonan untuk jawatan Naib YDP. Tak agak-agak kan. Saya pun dok pikir siapa kah wanita ini yang mencalonkan nama saya. Bermula lah acara angkat tangan nak sokong nama calon semua. Saya dapat 7 undian wakakakaka.

Diteruskan dengan pencalonan untuk AJK pulak. Nama yang dah tercalon untuk jawatan Naib YDP tadi kekal untuk pencalonan AJK. Sebut lah sekali nama saya, YDP suruh berdiri nak bagi cikgu dengan parents tengok. Pastu dia tanya kerja kat mana. Errrr.. takkan nak kekwat jawab “Not telling” pulak kan. Saya pun jawab je lah “B**”
Terus undian mencanak ko. Dapat 45 undian. Biasa hampa ni, judge sis dari tempat kerja sis ya. Lulz.

Masa nak balik saya approach la wanita yang calonkan nama saya itu.
Rupanya cikgu kelas Yaya. Cikgu Fauz namanya. Sesusah je cikgu ni tau calonkan saya.
Tapi saya ni ok saja. InsyaAllah bersedia memberikan komitmen dan kerjasama setakat termampu.
Gituuu…

“Yaya, awak jangan macam-macam tau. Sila jaga airmuka Mommy sebagai AJK PIBG sekolah”
Matiklaaa Yaya pening haha.

Durian McFlurry

Hari tu kan sibuk fenomena Durian McFlurry Mcdonalds.
Amboi fenomena kata kau Normaya.
So saya pun tak ketinggalan lah nak try.
Pegi-pegi asyik stok takde la, mesin rosak lah, tunggu lagi 1 jam lah.
Fedap lah sis lalu tidak menaruh harapan lagi.

Pastu terbaca komen Suapi kat Facebook kata kt Mont Kiara still ada lagi.
So dengan penuh semangat ajak la Encik Z pegi sana.
“Aiskrim durian dah takde stok, Kak”
Sob sob sob.. sedih.

Lalu up lah status di Facebook menyatakan kesedihan itu.
Malam tu Naza komen kata kat Sogo ada lagi.
Husband ia baru belikan.
Teruslah kembali bersemangat.

Esok tengah hari ajak lah Kak Tin ke Sogo.
Alhamdulillah masih ada Durian McFlurry nya.
Syukur syukur.
Memang sedap dan I is suka.

Masa ni pun dah start promosi aiskrim Jagung sempena Hari Kebangsaan.
Eh yeke sempena hari Kebangsaan? Ke sebab Sukan SEA?
Motiplah pulak sukan SEA ek?
Tapi ada la aiskrim jagung limited time.
Taknak termengidam dan ketinggalan, jadi lepas makan McFlurry durian, beli pulak aiskrim jagung ni hehe.


: : Pusing-pusing dalam Sogo jap, jalan-jalan kat Bath & Body Works. Terjebak beli wangian ni. Sekarang memang gila berwangi-wangi je dalam rumah : :