Taman Paya Bakau Lumut

dari waterfront stop kejap kat petronas mau solat.
masa nie lah watie call. plan asal nak jumpa terus kat taman paya bakau nun.
tapi tetiba watie muncul kat petronas hehe..
pastu terus together gether kami ke taman paya bakau lumut itu.

mengikut kata watie, sebelum nie banyak gila monyet kat sini.
tapi sekarang tinggal sipi sipi jer.
mungkin dah dibawak pergi oleh jabatan hutan kot.
sebab monyet sikit sikit leh la jadi kawan.
kalau dah berekor ekor, mau jadi pihak lawan.

jalan sampai hujung. pastu jumpa laut.
masa nie anak bongsu si watie dok main main kat tepian, tu semua cam ter hey hey jangan main di situ. begitu.
kalau jatuh gimana la..
tapi takpe, husband si watie adalah tentera laut.
makanya pasti boleh berenang selaju ikan pari.
*tiba tiba ikan pari dijadikan perumpamaan. jangan marah watie..

sebelum nak naik titi gantung kan, ada la beberapa ekor monyet berkeliaran kat tepi. mama kebetulan ada roti kat tangannya.
so disua lah pada monyet monyet yang ada.

kemudian tiba tiba, ada sorang cina sudah tuang air atas roti roti lain yang ada kat lantai dan datanglah beberapa ekor monyet mau makan itu roti.
tanya punya tanya, rupanya air tu bukan air biasa.
tapi TODI uollss.. TODI aka ARAK..

ko kenapa cina tongkang???
kalau ko nak mabuk, ko mabuk sensorang boleh tak??
yang ko bagi monyet tu minum sekali napanya????
siap katanya ada sekor monyet tu, lepas minum terus jatuh dari atas pokok ke bawah.
gila punya orang!
jabatan hutan, sila tangkap orang begini.
takde kesedaran sivik. heh!

yaya punya lah takut jalan atas titi gantung tu.
mommy dah 2 kali jalan atas titi gantung kayak gini tau.
laaaaagi tinggi…
masa kat sabah sekali. kat taman negara pahang sekali.
panjang dan tinggi okkkk..
kira kalau ko jatuh, memang inalillah…
ini takat titi gantung cenggini, hujung jari okk *matikk la berlagak..

tiga tiga nama ada min.
sorangĀ  yasmin. sorang jasmine. sorang sharmien. (Y)

bersungguh sungguh si watie explain direction aku nak balik ke taiping.
sebab datangnya aku lalu beruas.
dia kata jauh. dia suh lalu pantai remis sana.
tu yang dia explain bebetul takut aku sesat.
tq watie. really appreciate it..

kalau takde pose lompat tak sah kan..
layannn…

maka dengan ini berakhirlah sudah kisah cuti cuti saya dan keluarga ke lumut.
harap semua terhibur dan enjoy membacanya yer…
kisah cuti cuti ke melaka hari tu insyaAllah akan saya lunaskan secepat nya..